Bacalah...
Here With Me...
- Nat Rozali
- Temerloh, Pahang, Malaysia
- Simple Muslimah with Simple Character with Simple Words with Simple Life...
Blog Archive
Online Ker??
Release Tensen Jap
To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni…
untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula…
jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali
buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~
Snow EffecT
Ku Pinta PadaMu..
Mulakan Dengan...
30 April 2009
Virus! Virus! Virus!
Sewaktu kursus itu di adakan, laptop kesayangan saya ni la digunakan untuk tujuan presentation oleh presenter2 sewaktu kursus di jalankan..Selesai kursus saya pun terus balik ke kampung... pada pagi ahad saya pun trylah buka laptop untuk cari bahan bagi penyampaian tazkirah di perhimpunan sekolah.. tetiba laptop saya gelap semacam.. & sampai 1 tahap tu dia keluar msg menyatakan ada problem kat sistem32 dan ini telah membuktikan komputer saya telah diserang virus bukan virus influanza A1 ye.. huhuh...adoii yaii.. habis la gambar2, lagu2,file2 dan lebih mengecewakan segala video2 program kat sekolah yang saya buat x dapat diselamatkan... dah ler kemain susah nak buat video ni...
tapi x apalah kan, adalah hikmah setiap kejadian ini.. anyway alhamdulillah ala kulli hal... yang pasti kena redhaa... stayy cool..
21 April 2009
Pesta Buku Antarabangsa....

Saya rasa sangat teruja bila melihat buku-buku di depan mata.. kalau lah sekolah saya duduk sebelah dengan PWTC rasanya tiap2 kali rehat saya akan datang kesini.. tapi sekadar angan2 mat jenin ajelah..hehe.. Saya berjalan di setiap booth yang ada kecuali booth yang menjual buku2 novel sebabnya ianya tidak tersenarai dalam destinasi utama saya..
First round saya sekadar servey kedai2 buku serta tajuk2 buku yang menarik untuk di beli.. di samping itu saya turut membuat perbandingan harga antara kedai ke kedai.. sbbnya kebanyakan mereka ni mempunyai banyak persaingan.. dan chances nak dapat diskaun tu ada....Dan second round barulah saya membeli buku2 yang saya dah aim dr awal tadi.. termasuklah buku2 kerja yang di kirim oleh cikgu2 di sekolah saya...walaupun penat membuat tawaf tapi saya sangat berpuas hati kerana ilmu yang saya perolehi tidak setanding dengan kepenatan yang saya alami..Di Bawah ni saya senaraikan buku2 yang saya baru beli.... just to sharing...
1) Al-Quran Tajwid dan Terjemahan
2) Ilmu Tajwid, Ustaz Haji As'ad Humam, Darul KItab
3) Himpunan Doa-Doa Makbul, Drs Miftah Faridi, Al-Shafa
4) Soal Jawab tentang AKIDAH tetapi anda malu bertanya...,Nik Abd Rahim Bin Abd Ghani
5) Soal jawab tentang SOLAT tetapi anda malu bertanya, Rohidzir Rais, Telaga Biru.
6) Soal Jawab tentang Taharah tetapi anda malu bertanya, Zahazan Mohamed, Telaga Biru
7) The Power Of Solat, Syaikh Jalal Muhammad Syaffi, Al-Hidayah Publication.
8)Himpunan Fatwa-fatwa Semasa daripada Zaman Salafus Soleh hingga ke zaman Ulama Masa
kini, Syaikh Kamil Uwaidah, Al-Hidayah publication.
9) Kamus Bergambar BM-JAWI-ARAB-BI, Othman Putih, Oxford Fajar
10) Majalah Bahasa Arab Al-Fikr-untuk sek rendah
19 April 2009
Proton Exora..
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Salamualaikum.. alhamdulillah hujung minggu ini saya banyak masa untuk beristirehat..Setelah mengemas rumah saya dan housemate keluar ke bandar
untuk pergi ke pekan sehari di samping mencari sarapan pagi roti canai
dan teh tarik..Ketika menghantar kereta di car wash, kami pun berjalan kaki
ke showroom Proton yang betul2 terletak di tepi jalan.. hajat di hati untuk
melihat pameran kereta MPV baru Proton iaitu Exora..Tengok punya tengok kami
pun di pelawa untuk test drive mpv tersebut..
Proton Exora yang menggunakan enjin 1.6 Campro CPS dengan 125 kuasa kuda, dijual pada harga RM69,998 hingga RM75,998 sebuah. Tidak hairanlah dengan harga semurah itu, 2,500 unit telah ditempah orang ramai.MPV itu ditawarkan dalam enam warna pilihan dan dua varian iaitu Exora Hi-Line 1.6 Automatik Metallic (RM75,998) dan Exora M-Line 1.6 Automatik Metallic (RM69,998).
Exora disediakan 2 airbag,ABS,dan EBD Teknologi.top speed yang saya tau 165km/j tuk auto. fuel consumption dalam 9.2 liter-10 liter tuk 1ookm perjalanan. kalau tak silap lebih kurang avanza je fuel consumption exora nie. pintu exora jugak da improve dari persona. bila tutup bunyi dia lagi padat menunjukkan dia da improve kat situ. Ruang kakinya agak sempit sedikit,manakala ukuran bodynya boleh kalahkan avanza, innova, dan grandlivina.
Erm.. for me not badlah dan boleh di banggakan sebagai titik permulaan kemajuan teknologi automotif keluaran Malaysia.. bagi yang bekeluarga dan masih selesa untuk menggunakan model keluaran proton, bolehlah riki-riki untuk membookingnya..Last sekali congrate untuk proton kalau nak beli tu kena kawin n berkeluarga dulu lah.. huhuhu..
18 April 2009
Kem Bestari Solat
"Ya Allah buka pintu hati anak-anak murid ku ini untuk menerima ilmu ini"..
14 April 2009
Satu Cerita di Waktu Rehat...
"Ustazahh.. saya nak baca iqraa!!" tiba-tiba bilik guru menjadi sunyi seketika apabila kedengaran suara yang sangat nyaring tanpa memberi salam telah memanggil nama saya.. saya menoleh ke pintu utama dan terpandang seorang pelajar lelaki darjah satu yang tersengeh2 memegang buku iqra' sedang memandang ke arah saya...Ohh.. Helmi, masuklaahhh.. saya memanggil dengan nada yang lembut di samping dalam hati saya ni rasa terkejut pun ada….terkejut kerana dia begitu bersemangat membaca iqra' walaupun waktu itu waktu murid-murid sedang rehat di kantin.. kemudian dengan senyum yang comel itu dia datang ke meja saya dan terus membuka iqra' 2 sambil berdiri...Eh.. helmi dah makan ke?? tanya saya dengan nada yang dibuat2 terkejut.. dia hanya mengganguk sambil matanya terus mencari muka
Biiiismillahirahmanirrahimmmmm...helmi membaca penuh bersemangat tanpa menghiraukan guru2 yang sedang mengusik di depannya... sampailah habis membaca dia bersuara: Ustazah!.. Masa ustazah sekarang! Suaranya seakan2 suara kartun upin itu telah mengajak saya masuk ke kelasnya dan sememangnya waktu itu ialah waktu saya mengajar Tilawah Al-Quran di kelasnya.. untuk tidak mengecewakannya saya pun mempelawa dia membawa fail saya untuk masuk dahulu dalam kelas sementara saya akan muncul sebentar sahaja lagi.. Dia pun tanpa berlengah terus berlari masuk ke dalam kelas...Lalu saya tersenyum sendirian melihat gelagatnya.. di sudut hati, saya doakan agar cita-cita helmi yang pernah diberitahunya ingin menjadi ustaz di makbulkan...aminn..
Sebenarnya apa yang hendak saya kongsikan daripada cerita pendek saya ini ialah saya begitu gembira sejak akhir-akhir ini apabila sebahagian daripada pelajar saya telah menunjukkan minat dalam mendalami ilmu al-quran ini. Setiap pagi sebaik sahaja saya sampai ke sekolah dalam pukul 7 pagi beberapa orang anak2 murid saya telah menunggu di depan pintu bilik guru dengan al-quran dan iqra' masing-masing untuk membaca bersama saya. Alhamdulilah walaupun kadang2 masa saya begitu terhad tetapi memandangkan mereka bersemangat menjadikan saya lebih bersemangat untuk menambahkan minatnya terhadap mukjizat kurniaan Allah ini.. kadang2 saya terfikir, betapa bersyukurnya saya menjadi seorang guru jqaf kerana secara tidak langsung di pertanggungjawabkan mengajar kalam Allah dan bahasa syurga di kalangan kanak-kanak yang baru mahu mengenal erti hidup ini…wahai anak muridku..semoga dengan ilmu yang dicurahkan ini akan terus mengalir dalam jiwa & hatimu serta membentuk generasi yang soleh dan solehah..…amin..
11 April 2009
Sua kembali..
Tiba-tiba 15 minit sebelum saya sampai di kawasan kampung baru saya teringat bahawa sekian lama saya tak mengupdate cerita baru sehingga ada dikalangan rakan2 yang bertanya bila nak update blog.. Sememangnya selama ini saya begitu ternanti waktu dan saat yang sangat sesuai untuk saya menatap blog kesayangan saya...dan ternyata waktu yang sangat sesuai iaitu sewaktu saya berada di kampung.. kenapa ya? ini kerana coverage di rumah sewa saya sangat perlahan dan ini menyukarkan saya untuk mengupdate blog ini berbanding coverage di kampung saya lebih baik sedikit...Sebenarnya banyak perkara yang hendak saya kongsikan terutamanya hal berkaitan dengan program di sekolah saya seperti Majlis Tilawah Al-quran, Kem Bestari Solat, Hari Kesihatan serta pertandingan bola baling namun terdapat masalah teknikal ketika saya mengupload gambar2 program tersebut.. insyaAllah saya akan usahakan supaya ianya dapat dikongsikan kepada sahabat2 sekelian...
Sebelum saya bersiap2 untuk kembali ke rumah sewa semula sekejap sahaja lagi dikesempatan ini saya ingin mengajak kepada kawan-kawan semua, marilah kita sama-sama menambah rasa syukur kepada Allah SWT atas segala rezeki, nikmat dan kebaikan yang dikurnia kepada kita. Janganlah kita merasa diri ini sentiasa memiliki segalanya. Sedarlah semua bahawa Allah jualah Pemilik segala-segalanya.