Mulakan Dengan...

23 February 2009


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar


Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan


Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis Keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi


PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan


Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora



(YaAllah YangMaha Pemurah lagi MahaPenyayang,Permudahkan Segala urusan hambamu ini YaAllah,Bagilah Petunjuk dan Hidayahmu YaAllah dan Perkenangkanlah Doa Hambamu ini YaAllah Lancarkanlah Segala urusan hambamu ini seperti yang diharapkan dan sentiasa berada dalam keadaan redha mu YaAllah.Amin)

~DOA~

Wahai Tuhanku,
hambaMu memohon pertolongan denganMU dan hambaMu menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untuknya kesukaran pekerjaannya dan mudahkanlah untuknya kesukaran perjalanannya dan rezekikanlah dia kebajikan lebih banyak dari yang hambaMu minta dan palingkanlah daripadanya segala kejahatan.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadanya, dan mudahkanlah urusannya. Wahai Tuhanku, bahwasanya hambaMu memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu dirinya, agamanya, ahlinya dan kerabat-kerabatnya dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadanya dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mahu pun mengenai dunia, peliharakanlah dirinya dan kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia.

hambaMu akui kesucian Mu wahai Tuhanku. Pemberian hormat mereka didalam syurga, ialah ucapan salam dan akhir doa mereka dalam surga ialah: Alhamdullillahi rabbil ‘alamin. Mudah mudah Allah memberi kesejahteraan.Amin!!!

10 Sikap Buruk Manusia Yang di Cela Oleh Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

14 February 2009

CiNtA





Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui orang yang baik, supaya apabila kita akhirnya
menemui orang yang baik, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di balik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu yang
telah dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan terbuai bersama
tanpa berkata apapun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahwa itulah perbuatan yang paling hebat yang
pernah dialami.
Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita miliki sehingga
kita kehilangannya dan juga benar bahwa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan sehingga “ia” datang memberi seseorang. Seluruh
cinta kita bukanlah satu kepastian yang boleh berbalik agar orang tersebut mencintai kita kembali! Jangan berharap cinta sebagai balasan. nantikan saja ia
untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak
, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. ia cuma mengambil
masa semenit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan karena boleh jadi itu palsu, Jangan
mengejar kemewahan karena itu akan menjadi lenyap,
carilah seseorang yang boleh membuat kita tersenyum karena ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram. Carilah yang boleh membuat hati kita tersenyum. akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindu seseorang
sehingga kita ingin mengapainya dari mimpi kita dan memeluknya
dengan erat.
Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan , pergilah kemana yang
ingin kita tuju dan jadilah apa yang kita inginkan karena kita
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin kita lakukan.
Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
kita gembira, percubaan yang cukup untuk membuat kita
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita seorang manusia biasa dan
harapan yang cukup untuk membuat kita bahagia .

Selalu bayangkan diri kita di dalam diri seseorang, jika kita merasa
”ia” hanya menyakiti kita, fikirkanlah “ia” mungkin menyakitkan
orang lain juga. Kebahagiaan seorang manusia tidak semestinya memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik
dan apa saja ada yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang
terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.
Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling kita
tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati
nanti, kita yang akan tersenyum dan orang yang ada disekeliling kita pula
yang akan menangis.

06 February 2009

15 Fakta Menarik tentang Senyum



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI


glitter-graphics.com

a