Mulakan Dengan...

29 December 2009

Jom Cerita...

Salamun alaikum...

Bertemu dan bersua lagi kita di penghujung tahun 2009... Lama benar CK bercuti hingga hampir sebulan lamanya tidak mengupdate blog ini.. ... maaf sangat2.. ntahla.. mungkin tiada ideas yg terkini utk di kongsikan bersama... tapi jauh di sudut hati CK, teringat yg blog ini sunyi sepi namun apakan daya baru hari ini di berikan kekuatan utk berbicara di sini...

Erm.. apa nak cite ye.. erm.. anyway dlm tempoh cuti panjang ni, masa CK banyak di habiskan di rumah sahaja... Cuma baru2 ini jela berkesempatan utk shoping dan berjumpa dengan adik beradik di rumah kakak di Bangi.. so di kesempatan ni nak ucap thanks pada my sister sis ermy yg sudi menaja makan malam( ikan bakar) kami sekuarga di tepi pantai Bagan Lalang aritu...

Kerja?? Oh ya semalam CK baru sahaja selesai attend meeting kali bagi sesi persekolahan 2010.. huhu.. alahai.. igtkan kehadiran guru2 baru seramai 7 org di sekolah CK tu bolehla meringankan bebanan tugas sampingan, namun haikatnya tahun 2010 bertambah lagila tugasan2 berat yg perlu di pikul, but its ok for me...antara jawatan utama yg kekal di pegang ialah Pegawai Aset Alih, K.Panitia Bahasa Arab, S/U Kelab IT, dan bebrapa lagi..tapi dalam banyak2 jawatan yg CK dapat, paling CK happy sekali ialah apabila nama CK telah di tukarkan dr guru permainan bola baling kepada CATUR.. .. Yes! Yes!.. bukan apa, CK mmg suka dengan permainan catur ini, dan dlm masa yg sama teringin menengahkan bakat murid2 CK dlm bidang ini sementelaah pula permainan ni dah berkurun tak mendapat sambutan di kalangan murid2 di skcp ini.... namun apa yg pasti tugasan CK di sekolah untuk tahun 2010 ini kebanyakkan menjurus kepada bidang IT.. nak buat camana... terima sajalah labuu...

Akhir sekali, Ck nak mengucapkan selamat datang guru2 baru sesi 2010 ( Cikgu Azlee.. Cikgu Mazlan.. Cikgu Najib, Ustzah Maheran, Cikgu Azamani) ke SK Charuk Puting, Semoga dengan kehadiran cikgu2 dapat sama2 dpt memartabatkan lagu ilmu2 dan keperibadian murid2 di SKCP ini..