Mulakan Dengan...

28 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430H



Assalamulaikum wbt...

Pertamanya marilah kita merafa'kan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinNya kita masih lagi dipanjangkan umur untuk bertemu lagi di tahun baru ini... Tahun Baru Hijrah 1430..

Jika Aidilfitri kita menyingkap kembali kepada fitrah kita diciptakan sebagai hambaNya, aidiladha kita menyingkap kembali semangat pengorbanan untuk agama maka tibalah kini Maal Hijrah yang mana ianya menyingkap kisah episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah yang mana perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.


Namun pada hari ini hanya segelintir sahaja yang peka tentang sambutan Maal Hijrah berbanding dengan sambutan yang lain. Lebih menyedihkan ada sesetengah daripada masyarakat kita yang meraikan cuti umum ini tanpa menyedari disebalik pengertian Maal Hijrah itu sendiri...

Jika kita fikirkan Menjelang fajar 1 Januari setiap tahun, suasana di seluruh negara begitu meriah kerana kita akan menyambut tahun baru.Tidak cukup dengan pelbagai pertunjukan hiburan dan kad ucapan, khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menjadi alat untuk mengucapkan `selamat tahun baru' kepada sahabat dan saudara.


Begitulah hebatnya sambutan tahun baru Masihi tetapi bagaimana dengan sambutan tahun baru Islam atau Maal Hijrah? Suasana agak muram, tiada kemeriahan per-tunjukan pentas, tidak ada bunga api yang mence-cah keheningan malam dan sudah tentu tidak ada kad-kad ucapan yang disebarkan.


Apa yang ada hanyalah majlis membaca Yasin di masjid-masjid dan diikuti dengan sambutan Maal Hijrah di peringkat negeri dan kebangsaan. Persoalannya, apa cukup setakat itu kita menyambut Maal Hijrah yang terhasil daripada peristiwa bersejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke Madinah.


Maal Hijrah bukan sekadar `menukar' kalendar Islam dari 1429 kepada 1430, tetapi ia mempunyai maksud dan pengertian yang lebih daripada itu. Peristiwa hijrah memisahkan antara yang hak dan yang batil. Oleh sebab itu abadikanlah dalam rangkaian sejarah,'' tegas Khalifah Islam kedua, Umar bin Khattab yang menetapkan telah bermusyawarah dengan sahabat yang lain.


Kenyataan itu dengan jelas membuktikan Maal Hijrah amat penting kepada umat Islam dan sudah tentulah lebih penting daripada sambutan tahun baru yang kita raikan setiap tahun.Justeru dalam usaha menyedarkan umat Islam kepentingan hijrah ini, sudah tiba masanya sambutan Maal Hijrah seperti masa digesa oleh para tokoh agama diberikan nafas baru.


Kita selama tidak harus membiarkan, Maal Hijrah disambut dengan `muram' tanpa memberi sebarang kesan sebaliknya jiwa, semangat, hikmah, dan relevannya hijrah haruslah dikenang dan dihayati seorang Muslim. Oleh itu kerajaan perlu memikirkan untuk merancang program yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam betapa pentingnya hijrah kepada mereka.


Hijrah bukan sekadar mengenang penghijrahan Rasulullah tetapi lebih daripada itu menjadikan ia sebagai pengajaran untuk meningkatkan martabat umat Islam.Kita akan terus menyambut Maal Hijrah tanpa apa-apa erti jika tiada usaha dilakukan untuk memeriahkan sambutan ini. Maksud memeriahkan bukanlah bermakna kita perlu meraikannya dengan perkara-perkara yang terkeluar dari landasan Islam.


Sebaliknya pelbagai pihak boleh mengatur program yang mampu menarik perhatian umat Islam untuk menghayati erti hijrah sebenar. Sebagai contoh konsert kebudayaan Islam, karnival Islam serta acara-acara yang boleh menarik penyertaan umat Islam bagi menghayati hijrah harus dilaksanan.


Saya yakin jika program untuk Maal Hijrah dilaksanakan secara lebih efektif sudah pasti bagi umat Islam di negara ini kehadiran tahun itu bukan sekadar cuti umum semata-mata tetapi lebih kepada penghayatan dan keinsafan..


Dikesempatan ini kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilih dan berjaya.Salam Maal Hijrah...



Hukum Memberi Salam


Hukum memberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan dan sunat
kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib
bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.

Hikmah memberi salam :
- mendapat keredhaan Allah
- mendapat doa dari para malaikat
- akan mendukacitakan iblis
- dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)
- dapat mengukuhkan persaudaraan Islam

Dulu kita bangga memberi salam kepada saudara Islam tapi kini kita lebih
selesa dengan hanya menyebut "Hai". Kononnya lebih mudah dan ringkas.
Maklumlah dalam dunia yang serba pantas ini segalanya perlu cepat. Kalau
menyebut "Assalamualaikum", belum habis menyebut salam, orang tersebut
sudah tiada di depan mata. Itulah antara alasan yang sering digunakan
apabila ditanya kenapa dan mengapa mereka lebih suka mengucapkan "hai"
daripada "Assalamualaikum". Tapi sebenarnya ia menunjukkan betapa
rapuhnya ukhuwwah Islamiah kita hari ini.

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa menyebut "Assalamualaikum" dah tak
serasi dengan zaman, dah tak moden dan tak ikut arus peredaran zaman. Memberi
salam juga seolah-olah hanya budaya pak aji dan mak aji sahaja. Sedangkan
memberi salam adalah dituntut dalam Islam terhadap seluruh umatnya. Seperti
yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud,

" Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah perkara yang terbaik
di dalam Islam?" Beliau menjawab: "Memberi makanan dan memberi salam kepada
orang yang kau kenal atau tidak kau kenal" (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan di antara hak Muslim adalah mengucapkan salam kepada sesama Muslim.
Sabda Rasulullah SAW:

"Demi Dzat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak masuk syurga sehingga
mereka beriman, dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling menyinta.
Maukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu saling
menyinta? Sebarkan salam di kalangan kamu."

"Dari Abu Hurairah Ra, "Rasulullah SAW bersabda, "Yang berkendaraan lebih
dahulu mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki; yang berjalan kaki
mengucapkan salam kepada yang duduk, dan rombongan yang sedikit mengucapkan
salam kepada rombongan yang banyak."

(HR. Muslim)

Wassalam.

22 December 2008

Cerita Lucu utk release tensen.. Hehe

Cerita kelakar ini diceritakan oleh seorang perempuan yang ingin dikenali sebagai bedah redah.. sekadar kongsi cerita bagi yang tengah tensen...

cerita dia gini... Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat saja saya suka balik rumah.. pasal masa rehat yang panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan turun dengan lebatnya... So. saya tumpang office mate saya sampai depan rumah. Rumah saya ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak ambil saya pukul 2.30 petang... Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. saya mandi dan sembahyang... . lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang ambil saya. Jam dah kul 2.35 saya dah risau.. mana akak ni.. tak sampai sampai lagi... office masuk kul 2.45 ptg.


Tunggu punya tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! Keter proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah saya. Hujan punyerlah lebat... so saya ambil surat kabo lipat tebal tebal takut tudung saya basah... lepas kunci pintu.. saya terus berlari turun... pasal rumah saya berbukit.. saya kena berlari hati hati .Sampai saja kat kereta... saya tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi Kenapa akak tu tak jalan. saya toleh kat sebelah... lah... rupanya orang lain!!!!

saya tengok orang tu.. orang tu tengok saya... . Mulut orang tu siap ternganga lagi... Ish... siapa ni?! bagaimana saya boleh silap ni... habis tu.. kat luar hujan lebat.. takkan saya nak keluar.. saya dengan muka macam kerang busuk berkata,"Err.. bang boleh tulung hantar kat UTM tak?" Abang tu pun... tak jawap apa-apa agaknya pasal masih tergamam lagi.. terus angguk. Sepanjang perjalanan saya diam... abang tu pun diam... masing masing masih gabra lagi.. saya lagi lah gabra. EnTah keter sapa saja saya main redah. saya malu.. bengang.. rasa muka saya dah di tepek-tepek dengan taik... saya berdoa semoga saya pengsan masa tu.. tapi sayang.. saya tak pengsan pun. Bila sampai kat destinasi... saya pun turun... lepas ucap terima kasih.

Sampai kat opis saya tunggu kakak yang sepatutnya ambil saya. Bila kakak tu sampai dia tanya saya, "Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?" Maka saya citalah peristiwa yang sadis tu... . Ya Allah.. kakak tu punyerlah gelak gila kat saya... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu cerita 3tahun lepas... sekarang ni... Abang yang saya tumpang tu.. dah jadi suami saya He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami saya pun kata masa tu dia ingat saya nak rompak dia... . he..he.he.he. saya pun tanya Kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah saya... Then.. dia kata dia nak ambil beg duit kat seat belakang, tu pasal dia berenti. Tapi tau tau saya pulak yang masuk... .. He..he..he.. sampai sekarang ni.. dia masih ejek saya lagi pasal perisitwa kurang tu... Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe saya tak jumpa lagi suami saya yang sowang ini? ihiks!!

Sumber: Web ILuvIslam

21 December 2008

10 Muwasofat TarbiyyaH


10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini ‘Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

  • Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
  • Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

Pendetailan Ciri:

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur

Tidak berhubung dengan Jin

Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin

Tidak menenung nasib

Tidak mendekati tukang tilik

Tidak mengusap kubur

Tidak meminta bantuan dari simati

Tidak bersumpah dgn selain Allah

Tidak mempercayai adanya sial

Mengikhlaskan amal kerana Allah

Mengimani rukun-rukun Iman

Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat

Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh

Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

  • Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
  • Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

Pendetailan Ciri:

Tidak menolak utk azan

Bersuci dgn sempurna

Sangat menghargai solat berjemaah

Sangat suka berjemaah di masjid

Memperbaiki mutu solat

Qiamullail seminggu sekali

Menunaikan zakat

Berpuasa wajib

Berpuasa sunat sehari setiap bulan

Ada niat utk menunaikan haji

Beriltizam dgn adab-adab tilawah

Khusyuk ketka membaca al-Quran

Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran

Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan

Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar

Menjadikan setiap amalan mempunyai niat

Menjauhi dosa-dosa besar

Sentiasa membaca zikir pagi

Sentiasa membaca zikir petang

Mengingati Allah swt pada setiap situasi

Menunaikan Nazar

Menyebarkan Salam

Menahan anggota dari perkara haram

Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang

Menggunakan sugi/siwak

Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

  • Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

Pendetailan Ciri:

Tidak takabbur

Mempunyai pendirian

Tidak menipu

Tidak mencaci

Tidak mengadu domba

Tidak mengumpat

Tidak berdusta

Tidak mengejek

Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan

Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk

Mengasihi orang yg lebih muda

Menghormati orang yg lebih tua

Menunaikan janji

Menundukkan pandangan

Menjaga rahsia

Menutup dosa orang lain

Cemburu terhadap isteri

Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

  • Walaupun kaya, perlu bekerja.
  • Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
  • Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan.
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan.
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
  • Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

Pendetailan Ciri:

Mejauhi pekerjaaan yang haram

Menjauhi riba

Menjauhi judi

Menjauhi penipuan

Menunaikan zakat

Membuat simpanan walaupun sedikit

Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan

Memelihara harta awam

Memelihara harta peribadi

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

  • Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
  • Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
  • Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
  • Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Pendetailan Ciri:

Mampu membaca dan menulis dgn baik

Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran

Memelihara hukum-hukum tilawah

Menghafaz setengah dari hadith 40

Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin

Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting

Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga

Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci

Mengetahui hukum-hukum solat

Mengetahui hukum-hukum puasa

Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu

Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden

Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam

Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng

Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga

Mendengar dengan baik

Mampu memberikan pandangan

Bersedia menerima tugas-tugas kolektif

Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

  • Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
  • Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
  • Pesanan al-Banna:

“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”

Pendetailan Ciri:

Bersih tubuh badan

Bersih pakaian

Tempat tinggal yg bersih

Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum

Tidak berjaga malam berlebihan

<Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu

Bangun sebelum terbit fajar/subuh

Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan

Meninggalkan tabiat merokok

Menjauhi tempat-tempat kotor

Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

  • Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
  • Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

Pendetailan Ciri:

Menjauhi perkara-perkara haram

Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan

Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”

Pendetailan Ciri:

Bangun awal

Menggunakan masa tertentu utk belajar

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

Pendetailan Ciri:

Penampilan yg elok

Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

  • Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
  • Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
  • Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
  • Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Pendetailan Ciri:

Menunaikan hak ibu bapa

Menyertai majlis-majlis kegembiraan

Membantu orang-orang yg memerlukan

Membimbing orang yang sesat

Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

Istikharah dan Perlaksanaan

Setiap daripada kita memerlukan membuat sesuatu keputusan apabila diperlukan. Seringkali kita terfikir adakah tindakan serta keputusan yang bakal dibuat adalah yang terbaik untuk semua pihak. Kadangkala kekeliruan boleh berlaku dalam membuat sesuatu keputusan. Persoalan: Bagaimanakah untuk membuat keputusan yang terbaik dan berguna untuk diri, agama, masa kini dan masa hadapan? Jawapan: Pelbagai cara untuk mendapat keputusan yang terbaik. Pelbagai alternatif yang dilakukan seperti perbincangan dengan yang pakar, muhasabah diri, bertanya kepada sahabat dan pelbagai lagi cara. Untuk umat Islam salah satu cara yang terbaik dan dituntut sebenarnya adalah melalui Solat Istikharah.

Apabila memperkatakan Solat Istikharah, ramai yang beranggapan ia hanya perlu dilakukan untuk memilih jodoh. Begitu juga dengan memilih pasangan hidup. Beginilah sinonim Istikharah dalam perlaksanaan bagi diri kita. Sebenarnya aspek Istikharah amat meluas dalam syariah ISLAM. Secara umumnya, Istikharah bermaksud meminta sesuatu. Jelas ia sebenar-benarnya adalah meminta pandangan dan pertolongan ALLAH dalam menentukan sesuatu yang terbaik.

Rasululllah amat menggalakkan kita melakukan Solat Istikharah dalam kehidupan sehari-harian kita. Ini disokong dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”


Nyata skop Istikharah amat meluas dalam kehidupan kita sehari-harian. Ianya melibatkan membuat keputusan yang bermaksud meminta pertolongan daripada ALLAH dengan sebenar-benarnya. Keikhlasan dan ketaatan kepada ALLAH patut diutamakan. Ramai yang terlupa untuk meminta pertolongan daripada ALLAH terutamanya apabila membuat keputusan yang besar. Tidak salah untuk kita membuat keputusan sendiri tetapi kita tidak tahu adakah keputusan itu baik untuk diri kita dan seterusnya.

Tetapi dijelaskan di sini bahawa menuruti keputusan Istikharah tidak membawa kepada wajib menurutinya. Tetapi ianya tetap perlu diberikan keutamaan. Kronologi diri kita dalam Istikharah, untuk mendapat keputusan adalah melalui 'mimpi' yang dihadirkan ketika tidur. Ulama' Mazhab Syafie, Maliki dan Hambali menyatakan istikharah perlu dilakukan dalam sesuatu yang paling menyakinkan. Ini dikira dalam menyatakan aspek tanda-tanda Istikharah.

Apabila memperkatakan tentang tanda-tanda Istikharah bukan sahaja mimpi perlu dijadikan tana yang nyata. Ini kerana mimpi yang dihadirkan boleh dipertikaikan kerana syaitan juga boleh menggangu mimpi. Benar bahawasanya mimpi daripada ALLAH boleh dihadirkan tetapi perlu diperlihatkan adakah mimpi-mimpi kita benar-benar jelas. Di hari ini pelbagai maksud-maksud mimpi boleh dipertikaikan. Sebenar-benarnya pelbagai lagi tanda istikharah boleh diperolehi. Selepas solat dan doa yang dilafazkan berbincanglah dengan pakar-pakar atau pihak yang lebih berpengalaman terutamanya yang arif dalam hal ehwal agama. Tanda-tanda sekeliling juga boleh dijadikan sesuatu bukti.

Konsep Istikharah melibatkan konsep mengharapkan bantuan kepada ALLAH. Ini boleh dikaitkan dengan konsep Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal sepenuhnya. Hati dan perasaan kita dibenarkan dengan tanda-tanda yang dipertunjuki daripada ALLAH.

Kadangkala timbul juga persoalan adakah tanda-tanda yang nyata atau tidak patut diterima atau tidak. Seperti yang dikatakan tadi, Istikharah tidaklah sampai ke tahap wajib menerima serta mengikutinya. Tiada berdosa jika menolaknya dan terus-meneruslah berusaha dan berusaha. Terserah kepada kita juga tetapi janganlah setelah Istikharah yang dilakukan terusan kita mengikut hawa nafsu yang seringkali menipu. Serlahlah keputusan yang bakal dibuat berlandaskan syariah dan keimanan di dada. Sekiranya keputusan yang dilakukan tetap mengakibatkan kesusahan tetaplah bertawakal dan berserah kepada ALLAH. Setiap ujian ang menimpa pasti ada hikmah yang tersedia.

Keredhaan kepada ALLAH perlu dijadikan landasan sepenuhnya. Penyerahan 'total' perlu diadaptasikan kepada realiti kehidupan yang sememangnya dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Sebenar-benarnya lakukanlah Istikharah sebelum membuat apa-apa jua keputusan. Ini kerana jika timbul ragu-ragu dalam keputusan yang dilakukan mungkin akan timbul lagi persoalan yang meragu-ragukan. Ini bermaksud janganlah kita detik-detik akhir di masa timbul keraguan di hati barulah kita bersungguh-sungguh Istikharah. Ini mungkin memudaratkan kepada sesuatu pihak.

Singkapkanlah rahsia di dalam membuat keputusan. Ini melibatkan segala-galanya dalam kehidupan. Janganlah ragu-ragu dalam membuat Istikharah kepada ALLAH. Mintalah bantuan dan pertolongan kepada ALLAH. Hanya kepada ALLAH sahajalah hak kita untuk meminta bantuan dan ALLAH sentiasa akan memberi dan membantu apa yang kita perlukan.

Di sini saya sertakan artikel yang dinyatakan di dalam Darul Syifa' mengenai cara-cara perlaksanaan Solat Istikharah:

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)


Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

Sila muat turun rakaman tersebut di sini

~ Di sini dapat kita smpulkan bahawa Istikharah amatlah patut menjadi kemestian kepada kita semua. InsyaAllah apa yang kita lakukan pasti memberikan rahmat daripada ALLAH secara total. Apa yang penting adalah kita sentiasa berfikiran positif dan bersedia menghadapi apa sahaja ujian yang menimpa diri kita.

18 December 2008

Meeting dah stat....


Salam.. ucapan selamat menghabiskan sisa2 cuti anda ditujukan khas untuk guru2 yang mengunjungi blog ni... pejam celik pejam celik dah nak abis cuti, so bermakna sesi persekolahan akan bermula.. disamping tu juga akan berlabuhnya tirai tahun 2008 dan kita akan masuk tahun berikutnya 2009. So macamana dengan azam n cita2 anda pada tahun lepas? Adakah anda berjaya mencapai atau azam tu sekadar berlalu dan pergi sahaja?? Ok nanti kita cite topic ni akan datang.. cuma saya nak kongsi disini berkenaan dengan persiapan untuk sesi sekolah yang baru. Pada hari semalam saya n beberapa guru yang lain telah bermesyuarat untuk membuat jadual bertugas.. Guru yang terlibat ialah cikgu shahrul nizam, cikgu rosnah, teacher hasliza, saya n GPK1 Cikgu Habibah.. boleh tahan la susah untuk menyusun jadual ni apatah lagi apabila ketua ajk jadual ni iaitu Ustazah Mazaiha telah bertukar ke sekolah baru di Raub.. Tapi oleh kerana penin n ada pertukaran guru baru yang akan masuk jadi ajk hanya menyusun jadual untuk masing2 dahulu... di kesempatan itu juga kami sempat berborak sakan ( iyelah kan dah sebulan lebih x jumpe) dengan guru2 yang kebetulan datang sekolah.. boleh tahan la banyak ceritanya.. demam chikunya, kenduri kendara, raya haji, rumah baru, pindah sekolah, beli periuk serbaguna, isu tanah runtuh, pasal artis mawi nak kawin pun termasuk sekali.. hehehe...tapi akhirnya disusuli dengan adegan sedih apabila hari semalam juga hari terakhir berjumpa dengan cikgu norateka & ustazah mazaiha.. cikgu norateka akan berpindah ke SK Pancing Timur, Kuantan manakala Ustazah Mazaiha akan bertukar ke SK Ulu Atok Raub.. huhuh... kepada kak tieka nanti kalau saya nak masak kek saya cari kak tiek ek.. pastu kalau buat ayam golek ke, kek coklat ke jangan lupa kat saya nih.. Untuk Kak Mazaiha pulak.. nanti dah takde kamus arab bergerak saya... susahlah saya nak buat rujukan nanti.. hehe.. tapi xpe sms n telefon kan masih ada.. Walaubagaimanapun maaf dipinta seandainya terdapat salah dan silap sewaktu kita bersama di SKCP & moga Kakak berdua terus success n tabah dalam menjalankan tanggungjwab sbg seorang pendidik yang ikhlas n berjaya di sekolah baru nanti....

16 December 2008

Akhirat Tujuan Kita

15 December 2008

Bila Al-Quran Mula Bersuara

Waktu engkau masih kanak-kanak………….

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…………..

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku

tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..

Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu………

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…

Setiap saat berlalu…

Dan akhirnya…..

kubur yang setia menunggu mu………..

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…

Di kuburmu nanti….

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali…

Baca dan pelajari lagi Aku….

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….

Dalam bisu dan sepi….