Mulakan Dengan...

21 June 2009

7 Sunnah Perlu dijaga

Salamualaikum.. sejak akhir2 ni diri ini semakin haus kekeringan dek pengisian rohani mungkin juga disebabkan kesibukan dengan hal2 dunia yang memang melekakan.. kadang2 rasa begitu jauh namun alhamdulillah didatangkan kesedaran kembali...rasanya sudah lama tidak berkongsi ilmu jiwa &hati di blog ini.. semoga tazkirah ini memberi manfaat kepada saya n kita semua.06
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.


Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

14 June 2009

Anak sedara baruu!!

Salam ceria & selamat kembali ke sekolah....

Pada hari Selasa (9/6) keluarga kami telah menerima ahli keluarga baru iaitu anak kepada abang saya yang ke-2 ... . Nama baby yang diberi ialah Qurratu Ain Bin Muhammad Haizuan.. Alhamdulillah bayi yang dilahirkan sihat dan selamat.. Ain merupakan satu2 nya anak perempuan daripada 3 org lelaki dalam keluarga ini dan merupakan cucu yang ke 9 dalam keluarga kami.. So sekarang ni geng makcu dah bertambahlah.. betul tak farah & safiyya??

Cuti2 Cik kelisa (Bhg 2)

Salamualaikum.. Cik_Kelisa in d house gain.......Huhu..

Alhamdulillah Cik Kelisa n Family baru sahaja pulang dr bercuti di Kelantan & Terengganu... Kami bertolak ke Kelantan pada 8/6(Isnin) dan perjalanan memakan masa 7 jam tu membuatkan kami berasa sedikit bosan... Sampai di KB lebih kurang pukul 5 petang dan kami berehat di apartment (sewa) yang terletak di tengah bandar KB..

Tujuan utama lawatan ini ialah untuk bershoping so tempat yang kami pergi semuanya hanya berkaitan dengan aktiviti shoping sahaja seperti Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubor, Rantau Panjang..

Dan antara aktiviti yang paling best apabila kami di jemput oleh housemate saya Azwani untuk makan tengahari di rumahnya di Pasir Mas.. Huish.. sedap menu yang di hidangkan antaranya Ayam masak percik, Singgang Daging, Sambal, Nenas berlada dan banyak lagi... Kami makan sepuas hati maklumlah perut tengah lapar waktu.. anyway thanks a lot untuk Wanie n Family kerana sudi menjemput kami...

Selang sehari ketika perjalanan pulang ke pahang kami solat di masjid terapung dan shoping untuk kali terakhir di pasar payang terengganu... By the way, thanks to my bro Mohd Zarni atas segala keikhlasan support our travel (tempat tinggal/makan minum).. hujung tahun ni jangan lupa senaraikan nama cikelisa lagi untuk lawatan ke sabah/sarawak plak ye.. uhuk2..

05 June 2009

Cuti2 Cik Kelisa (Bhg 1)




Salamualaikum... cikkelisa in da houseee....!!

Langkawi,begitulah indahnya nama pulau ini,seindah kecantikan pantai dan alam semulajadinya. Pulau Langkawi terdiri daripada kumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di luar pantai barat laut Semenanjung Malaysia dan jaraknya adalah 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari KualaKedah.
By the way saya baru sahaja balik bercuti dari pulau yang indah ini.. Hmm.. alhamdulillah segala perjalanan aktiviti di sana berjalan dengan cukup lancar... Pandangan saya, masyarakat di langkawi sangat bertuah kerana mendiami kawasan yang cukup indah, dimana setiap cuti sekolah beribu2 pelancong yang berlumba2 untuk datang ke sini... Saya dapat lihat pembaharuan di setiap pelusuk di pulau ini telah di bangunkan dan di ubahsuai dengan infrastruktur yang lebih menarik berbanding 6 tahun lepas.. Tahniah..
Antara tempat yang di lawati ialah, Makam Mahsuri, Pulau Dayang Bunting, Under Water World, Idaman Suri, Pusat Pembuatan Gamat, dataran lang, Beras Terbakar, dan paling best pegi shoping dekat Pekan Kuah n banyak lagilah...Kebetulan pula kami menginap di hotel yang terletak di pekan kuah, so tiba waktu malam kami ambil kesempatanlah untuk bershopping...
Cuma pengalaman yang agak lucu sedikit apabila.. 2@3 ari sebelum pi langkawi tu dah set in my mind, tidakk akan shopping pinggan mangkuk just servey2 je.. tapi dah bila sampai kat Idaman Suri tu memula tengok je melamin tu, dah tengok2 terpegang pulak.. dah terpegang terpikat lah pulak, dah terpikat pastuh terbeli lah pulak... isk2... tak tersengaja kot....

Sewaktu dalam perjalanan balik tu kami singgah di Padang Besar untuk aktiviti membeli belah yang terakhir.. Wow.. buleh tahan tempatnya.. senarionya seolah2 berada di Pasar Khadijah je... tapi masa tu badan dan penat dan kaki pun x larat nak jalan.. tapi dalam pada x larat nak jalan tuh sempat pulak beli handbag n baju.. Hmm... nak buat macamana.. dah nama pun orang perempuan...
Anyway langkawi very nice places n nice holidays...