Mulakan Dengan...

22 January 2009

Al-Quran Sebagai Pembela di Hari Akhirat


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an :"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."

Perkataan Syukur Yang Dilupai


Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam.

sumber: iluvislam.com

19 January 2009

Semoga menjadi anak yang baik....


Saya baru jer balik dari hospital temerloh petang tadi... Eh jangan terkejut lak saya bukan sakit apapun, alhamdulillah setakat ni masih diberikan kesihatan yg baik.. saya pergi ke hospital tadi hanya sekadar melawat rakan sekerja iaitu hana yang baru sahaja selamat melahirkan anak yang kedua... baby boy... saya bersama teacher azwani, cikgu Aliza, Cikgu Habibah sampai hospital dlm pukul 5.30 dan terus ke wad bersalin.. sampai je terus nampak baby yang masih kemerahan sedang asyik tidur.. comelnyer..baby yang masih belum diberikan nama tu selamat lahir tepat pukul 10.15 pagi tadi..tak lama selepas tu datang pula Ustazah normah dan Cik huda.. so riuh rendah la sekejap di wad tu...at least kedatangan kami dapat mengubat kesakitan yang di rasai oleh hana.. w/pun alhamdulillah baby yang dilahirkan selamat dan ibunya juga nampaknya sihat...so saya mewakili warga SKCP mengucapkan tahniah kepada hana sekeluarga semoga baby yang comel itu menjadi anak yang baik, mendengar kata, pintar, soleh dan berjaya di dunia & akhirat..InsyaAllah..

17 January 2009

Puding Koktail Berkuah


A. Badan puding…

Bahan-bahannyer…

1 pek tepung kastard
1kotak santan (size kecil)
1kg gula pasir


cara-cara memasak:

-masukkan tepung kastard ke dalam periuk (besar)...(tinggalkan dalam 5 atau 6 sudu tepung kastard untuk buat kuah puding)

-bancuh dengan air, kacau sehingga tepung tidak berketul-ketul. Kemudian masukkan santan satu kotak.

-Letak periuk di atas dapur dengan api sederhana, kacau ikut sunnah... dari kanan ke kiri.... masukkan gula secukup rasa... agak2 manis buah jer ye...
**kacau sehingga adunan tersebut likat...

-Setelah masak adunan tadi tuang adunan ke dalam bekas untuk di sejukkan...dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

** pastikan adunan tidak terlalu likat, jika tiba2 adunan menjadi terlalu likat perlu dituang dengan
air panas supaya adunan menjadi elok kembali...
**jadi sediakan air panas semasa memasak badan puding ni yer…


B. Kuah puding

bahan-bahan;

5@6sudu tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin koktail (buah campur)
gula


cara-cara memasak:

-masukkan tepung kastard ke dalam periuk, campur air kacau sehingga tepung sebati dengan air dan tidak berketul2..

-masukkan susu cair, letakkan periuk di atas dapur. Nyalakan api yang sederhana kacau dalam 15-25 minit…masukkan gula secukup rasa...manis sedikit dari badan puding (supaya naik rasa)...

-masukkan buah campur ke dalam kuah tadi...kacau sekejap dan kemudian tuang ke dalam bekas lain untuk disejukkan....

-dah sejuk masukkan kedalam peti sejuk...

** semasa memasak kuah ni... mesti terus kacau supaya susu tidak hangus dibahagian bawah...jaga api jangan terlalu besar..

Save Gaza!


Pedih & sakit hati yang meluap-luap ketika tatkala saya melihat dari jauh sisipan muka depan surat khabar Utusan Malaysia yang dibeli oleh ayah saya pagi tadi.... HOSPITAL AL-QUDS DIBEDIL... Kejamnya bangsa itu.... tiba-tiba saya tiada mod yang baik untuk membaca paper ari ini.. Mereka begitu tegar untuk menjadikan negara palestin sebagai ground Zero dan akhirnya negara yang kecil ini akan ilang dari senarai peta dunia...

Dalam menghadapi peristiwa yang menyakitkan ini, ummat Islam wajib membantu saudara islam kita jangan sampai tiada langsung tindakan yang kita lakukan yang hanya adalah simpati di dalam hati.. mungkin kejadian ini langsung tiada kena mengena dengan diri kita di malaysia ini namun sebagai umat yang sama2 berpegang kalimah lailahaillallah wajar melakukan@menyumbang sesuatu sebagai tanda kasih, iman dan taqwa kita terhadap Nya...

Untuk itu pelbagai bantuan yang boleh kita lakukan antaranya membaca doa qunut nazilah serta doa buat umat Islam Palestin semoga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera. Selain itu bantuan berbentuk harta juga boleh disalurkan bagi mereka yang berkemampuan lebih seperti pakaian, keewangan, makanan yang disalurkan kepada badan2 yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini..

Cara lain ialah dengan memboikot barangan keluaran Yahudi dan Amereka.. saya dapati cara ini sedang dilakukan oleh sahabat2 saya ketika ini termasuk diri saya sendiri.. kepada penulis2 blog, web, forum juga boleh memanfaatkan hasil penulisan mereka dengan menulis tentang info mengenai kezaliman tentera2 israel dan sekutu2nya..Disamping itu bagi yang berkebolehan berhujah dan berceramah sampaikanlah ceramah berkaitan isu ini.. samada dikalangan kanak2 sekolah mahupun pelajar universiti ataupun di mesjid dan surau2 taman perumahan n kampung... Ini adalah sedikit sebanyak usaha yang boleh kita lakukan.. dengan usaha yang sedikit ini saya rasa InsyaAllah kita perolehi keberkatan demi menegakkan agama Allah. InsyaAllah..

10 January 2009

Sebuah kisah dari palestin..


“dik bangun pagi,dik”. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.
Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik.
Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.
Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad telah mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.

Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk dipenjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid.
Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.
Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid.

Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah.
Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak toleh kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis,terus peluk ummi. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk dipenjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah.

Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi hanya diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik,indah. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.
"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu.
Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam.
Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu namanya ‘bom tangan’ bukannya bola seperti yang disangka adik Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi.
Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa.
Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik.

Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang.
"Abang nak pergi mana?" tanya adik seperti orang bodoh.
"Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.
Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.

Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala.Bukan Israfil tapi Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.

Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang rongak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik dengar ada orang menjerit takbir di luar rumah.Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.
Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik.

Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi.

Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.

"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan.

"Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi.

Ummi senyum.

"Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika sebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.


Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.

"Bismillah hirrahman nirrahim.."

Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quran satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari.
Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin syahid…"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.

Tindakannya menyebabkan tiga belas orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan dua lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik terkejut. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap.

Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima belas minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji.

Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya malam semalam Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya.

Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik berjalan pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel.

Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Allah..Allah. Mata adik merah.

Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi.

Tiba-tiba.....poom!!! Pistol yang diacu memuntahkan isinya.

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah.

Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit.Sakit sangat… Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa.

Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.


"Ummi,adik rasa mengantuk,penat…adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut Jamal, walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.


Dipetik dan diubahsuai dari: http://www.palestinkini.info/

Palestinian.. Bersabarlah..

Salam Sejahtara semua,

Mungkin sebahagian kita merasakan apa yang berlaku di Gaza skrg adalah
TIDAK kena mengena dengan kita. Saya ingin megambil kesempatan di sini
utk berkongsi sdikit dengan umat islam yang lain yang dianugerahkan Tuhan
dengan akal yang bijak.

Apa yang berlaku di Gaza dari perspektif rakyat biasa adalah hanya
keluhan, rasa geram, marah, benci yang meluap-luap terhadap kekejaman
Israel yang sememangnya bangsa yang dimurkai Tuhan. Tidak ada yang
lebih dari mengadakan perhimpunan, demonstrasi, menyatakan kemarahan
mereka. Itulah kemuncak yang kita boleh buat sebagai rakyat.

Namun dari segi pemerintah, ia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan
di DUNIA ini melakukan sesuatu untuk menghentikan kejahatan Israel
ini kerana dari segi tuntutan mahkamah duniapun, apa yang dibuat oleh
Israel sekarang adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan memang
ada peruntukan untuk mengheret Israel ke mahkamah di Hague, Holland.

Masuk hari ini, hari kedua, Israel telah membunuh lebih 200 orang
Palestinians dan mencederakan lebih 800 orang sebahagiannya kritikal
dan cedera parah, 21% adalah kanak-kanan dan 14% adalah wanita.

Apakah tindakan dan reaksi pemerintah dunia Arab dan dunia?

Mesir mengecam tindakan Israel, dan membuka laluan Rafah untuk
membawa mereka yang cedera ke mesir sedangkan sebelum ini menutup
laluan tersebut kepada rakyat Palstine yang kebuluran, tiada makanan
dan ubat, dan sehari sebelum serangan Israel, Menteri Luar Israel,
Lifni berganding tangan dengan Menteri Luar Mesir, Abul Ghaiz!!

Raja Jordan mengecam serangan Israel dan mengatakan keadaan di
Palestine tidak akan aman dengan serangan tersebut dan Jordan adalah
negara yang berdamai dengan Israel, membuka kedutaan Jordan di Israel
dan sebaliknya dan bersekongkol dengan Israel untuk menghancurkan
HAMAS

Qatar, Yamen, Liga Arab, Lubnan, Jordan dan kira-kira belasan lagi
negara Arab menyeru untuk diadakan Sidang Kemuncak Tergempar. Untuk
apa? Untuk mengutuk serangan Israel, TIDAK lebih dari mengutuk,
kemudian balik tidur di bilik-bilik penginapan hotel mewah, menaiki
kapalterbang mewah dan menyedari darah rakyat Palestine terus tumpah
di hadapan mata mereka!! Hanya Syria yang mengatakan kalau sekadar
nak buat sidang tergempar hanya untuk mengutuk TAK payah buatlah
sidang tersebut. Libya juga mengatakan dalam nada yang sama, tetapi
kedua-dua negara ini juga TIDAK buat apa-apa juga sebenarnya.

Saudi Arabia yang menjadi Big Brothers kepada semua negara Arab TIDAK
mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga tulisan ini, mungkin kerana
sibuk dengan sidang negara Teluk di Oman dari 29-30 Desember.
Sebenarnya bukan kerana faktor tersebut, tapi Saudi memang sudah
diikat kakinya oleh Amerika.

Turki juga mengeluarkan kenyataan bahawa serangan Israel akan
menghalang usaha damai yang ditaja oleh Turki. Tidak ada usaha
ketenteraan dari pihak Turki, sedangkan apabila Kurdish menyerang
sempadan wilayahnya, mereka memburu pejuang kurdish hingga ke wilayah
Iraq (menceroboh kawasan negara jiran!!). Di mana solidariti Turki
sebagai negara yang kononnya mahu menaikkan imejnya sebagai negara
Islam.

Presiden Palestine Abbas atau nama gelarannya Abu Mazin, mengeluarkan
kenyataan yang tidak menampakkan kesedihan beliau atas apa yang
berlaku. Beliau sekadar mengatakan tindakan Israel itu akan
menghalang plan damai tajaan Amerika. Inilah boneka yang Tidak
menyembunyikan kebonekaannya kepada Israel dan Amerika. Pembelot
negara Palestine yang dijulang oleh Amerika dan Barat dan sebahagian
negara Islam yang bebal.

Kesatuan Eropah menyelar tindakan Israel dan meminta Israel
mengehentikan tindakannya tanpa sebarang ugutan tegas untuk
menggunakan kekuatan tentera seperti yang mereka lakukan ke atas
Bosnia, Iraq, Afghanistan dan lain-lain lagi. Kenyataan tersebut
hanya untuk melunakkan telinga mereka yang leka, lalu menyangka EEU
menentang tindakan Israel tersebut.

Rusia menyelar tindakan Israel dan menyeru Israel memberhentikan
segera serangan tersebut. Arahan hanya dengan air liur. Dan lebih
memeranjatkan juga Rusia meminta HAMAS juga menghentikan serangannya
ke atas Israel yang sehingga kini telah membunuh seorang penghuni
HARAM Israel dan mencederkaan 4 orang lagi penguni HARAM (yang
merampas tanah rakyat Palestine). Arahan Rusia kepada HAMAS
seolah-olah HAMAS menyerang Israel, sedangkan HAMAS hanya
mempatahankan diri mereka.

Amerika mengingatkan Israel supaya TIDAK menyerang kawasan orang
awam. Itulah peringatan Amerika kepada Israel. Amerika dengan jelas
mengatakan ia menyokong serangan tersebut kerana ia adalah usaha
untuk menghapuskan HAMAS, kumpulan terrorist. Percayalah cendikiawan
sekelian, kalau ada usaha untuk mengecam atau mahu mengheret Israel
ke muka pengadilan Amerika akan menggunakan sekali lagi kuasa VETO di
PBB.

VETO Amerika sebenarnya boleh di VETO pula oleh pemegang kuasa VETO
yang lain spt Rusia, Britain, dan China. Soalnya adakah mereka akan
overule VETO Amerika? Mereka TIDAK akan VETO Amerika bukan kerana
mereka takut pada Amerika, tetapi mereka juga bersekongkol dengan
Amerika kerana mereka mahu melihat HAMAS hancur, dan mereka tidak
merasa dukacita apabila rakyat Palestine bermandi darah.

Semasa saya menulis ini, saya terus mengikuti berita yang disiarkan
oleh al-Jazeerah, darah rakyat Palestine terus tumpah di tangan
durjana Israel. Hanya yang menguatkan semangat saya apabila menatapi
keberanian pejuang-pejuang HAMAS, Jihad Islami, jihad QASSAM, sayap
bersenjata HAMAS yang muncul di channel aljazeerah menyatakan mereka
tidak akan undur walau selangkah dan mereka sanggup shahid demi
mempertahankan tanah air mereka. Memang mereka akan berhadapan dengan
maut kerana mereka hanya ada roket buatan sendiri, mereka hanya ada
batu, sedangkan Israel mempunyai segala kelengkapan.

Tidak cukup dengan itu, seperti yang saya katakan di atas, mereka
dikhianati bangsa yang seugama dengan mereka sendiri seperti Kerajaan
Palestine boneka Amerika, Jordan, dan Mesir yang berpakat dengan
Amerika atau sekurang-kurangnya TUNDUK kepada kehendak Amerika dan
Israel.

Who cares? Itulah nasib yang mereka terima? Kita adalah rakyat biasa
sahaja. apa yang boleh kita buat, kita tidak boleh buat apa-apa. Cuma
satu sahaja, kalau perasaan kita tidak tersentuh dengan kesangsaraan
yang dihadapi oleh rakyat Palestine, samada mereka itu Islam atau
Kristian, maka apakah agaknya yang akan kita jawab di hadapan Tuhan
apabila kita disoal nanti. Bagi orang Islam, apakah agaknya yang akan
kita jawab apabila kita ditanya: benarkah kamu kasih kepada saudaramu,
apabila ia sakit kamu juga merasa sakit seperti yang disabdakan oleh
Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Benarlah kata-kata seorang ulama di Lubnan, Shekh Fathi Yakan,
apabila roh jihad hilang dari jiwa kita, kita akan takut mati, dan
kita akan menjadi orang yang sayangkan dunia, maka ketika itulah
Yahudi akan bangkit.

Semuga kita semua, , walau apapun ugama kita, sama-sama
mendoakan agar umat Palestine diberikan kekuatan berhadapan dengan
Israel durjana ini. Jgn kita mudah mempercayai apa yang ditulis oleh
media Barat atau sebaran berita spt CNN kerana mereka adalah
talibarut Amerika.

Assoc Professor Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Director
Department of Malaysian Studies
University of Malaya
@Cairo University

sumber: jqaf.net

05 January 2009

Hari Persekolahan Yang Pertama

Sewaktu mula sampai ke sekolah:

Salamualaikum.. sobah al khair ustazah Natrah!.. saya terserentak seketika dan terus memandang sekeliling dari manakah suara yang penah saya dengar itu menjelma secara tiba2.. Kemudian saya terpandang sekumpulan murid tahun 2 yang sedang berkumpul dengan rakan-rakannya di depan kolam tersengeh dengan penuh ceria.. saya pun membalas sobah al khair.. ahlan wasahlan ila madrasah.. namun mereka hanya membalas dengan senyuman yang meleret sahaja...Terhibur hati saya apabila melihat gelagat murid2 yang ceria, gembira berbaju baru, kasut baru, kain baru, seluar baru.. pendek kata sumanya barula hari ini... teringat sewaktu zaman saya sekolah rendah dahulu walaupun saya tak merasa berpakaian baru setiap kali mula alam persekolahan namun jika hanya bertukar baju @ kasut sahaja sudah memadai dan membuat saya bersemangat untuk datang ke sekolah...

Ketika menuju ke bilik guru sambil kepala duk berkhayal tiba2 Ustazaaahhhh... Eh lagi sekali saya dikejutkan dengan suara manja seorang pelajar yang sentiasa menyapa setiap kali bertembung dengan saya.. kemudian saya pun menegurnya " Wah cantik baju fatehah kalah ustazah arini" kemudian saya terseyum di dalam hati apabila nampak riak wajah bangga di muka fatehah.. biasalah kan budak2 namun kata2 saya itu hanyalah sebagai rangsangan kepada fatehah ja x lebih dari itu..

Salamulaikum semua.. Waalaikumusalam ( baca doa) aminnnn... ok...ijlis! ada tersenyum ada yang tepinga2 ada yang buat selamba ada yang macam nak menangis, ada yang masam mencuka.. bermacam memek muka dapat dilihat dalam kelas satu Tekun pagi tadi.. Okay.. semua boleh duduk! Barulah nampak tenang muka pelajar2 itu namun ada juga yang masih berdiri tercegat x kurang juga ada yang belum habis merenung muka saya sambil berfikir apalah tu agaknya.. hehehe... Ok.. pertama sekali ustazah ingin ucapkan selamat datang ke sekolah rendah.. sebelum tu ustazah ingin memperkenalkan nama ustazah.. nama ustazah ialah.... Ustazah NATRAH!!!! Belum habis saya berkata2 tiba2 Mohd Adam terus menyambung kata2 saya.. tergelak juga saya dibuatnye namun terpaksa lah saya cover.. dalam hati saya berkata: wah buleh tahan murid drjah satu tahun ni padahal saya x penah lagi mengajar mereka suma ni...yela kan zaman sekarang ni ramai murid yang lebih advance dri cikgu...

Hari ini sek0lah di penuhi dengan kehadiran ibubapa yang datang utk menguruskan persekolahan anak2 mereka..Terharu saya melihat ibubapa yang terdiri di kalangan orang-orang kampung yang mana ratanya berpendapatan sederhana menghantar anak2 mereka dengan penuh harapan supaya dapat menjadi orang yang berilmu.. terpikir di kepala saya di sinilah peranan guru terutamanya SAYA sebagai pendidik untuk mendidik mereka terutamanya anak2 yang majoritinya dari golongan orang yang susah supaya mereka juga memiliki ilmu dan boleh berjaya yang mana kejayaan itu bukan sahaja untuk kepentingan diri mereka sendiri malah keluarga selain utk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara. Dalam hati saya tiba2 menjadi sayu dan bersemangat untuk mengajar......