Mulakan Dengan...

29 May 2009

Kisah RM1 & RM50

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit ;

Duit seringgit bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah.
Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm... biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

Renung2kan....

25 May 2009

Pc Anda Perlahan?

PC anda mungkin akan menjadi amat perlahan kerana beberapa sebab:

  1. Masalah harddisk. Jika harddisk anda telah mempunyai sektor yang rosak, ini akan menyebabkan PC anda menjadi perlahan.
  2. Virus! ‘Update’ antivirus anda dan jalankan imbasan.
  3. Malware/Spyware! Antara punca PC anda menjadi perlahan juga ialah disebabkan oleh malware/spyware. Sepertimana perisian anti virus, anda perlu ‘update’ anti spyware anda dan jalankan imbasan.
  4. Kurang RAM! Saya sering memberi cadangan kepada pengguna komputer agar memasang sekurang-kurangnya 512MB untuk XP dan 2GB untuk Vista. Tambahan pula harga RAM pada masa ini tidaklah membebankan sangat.
  5. Fragmentasi sistem operasi! Seringkali pengguna PC alpa untuk melakukan defragmentasi OS mereka. Anda boleh menggunakan Disk Defragmenter ataupun muatturun lain-lain aplikasi.
  6. Fail-fail sementara! Jika anda membiarkan PC anda dipenuhi dengan ‘temporary files’ seperti internet cache, *.tmp dan sebagainya, ia juga menyumbang kepada perlahannya PC anda disamping merugikan ruang harddisk! Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggunakan CCleaner dan/atau Glary Utilites.

Sumber asal: pcproblems.afraid.org

20 May 2009

Terima Kasihh...

Antara hadiah2 Hari Guru 2009 yang saya dapat..

Salamualaikum..salam ceria dan salam mesra….

Sejak akhir2 ni perasaan boring telah bermain di fikiran saya….x taulah kenapa.. Boring nak update blog, boring nak memghabiskan buku2 yang beli kat pesta buku dulu tu, boring nak tido, nasib baik jugalah saya x boring ketika makan & mengajar di dalam kelas..kalau x alamatnya.. kelas jadi tongkang pecah pastu anak murid jadi ulat..yelah kan.. x duduk diam…

Tadi balik dari sekolah saya baru teringat hadiah sempena hari guru masih belum dibuka…. Isk.. apelah cikgu sorang ni x menghargai pemberian anak murid kee??? Hehehe.. bukan macamtulah maksud saya.. sengaja saya cari waktu yang sesuai untuk membuka hadiah.. di mana waktu itu saya mempunyai feeling dan feeling itu ialah saya dapat menghayati hadiah dan si empunya yang memberi hadiah…..sebab apa.. sebabnya rata2 anak murid saya ni bukanlah dari golongan yang berada.. namun dengan semangat menyanjungi / menghargai gurunya diaorang sanggup membeli hadiah untuk guru2nya…. lepas satu2 hadiah dibuka saya terbayangkan si pemberinya....Alahaiiii.. sayuu betoll!

“Sebenarnya hadiah bukanlah menjadi keutamaan tapi yang paling ustazah harap, kamu semua faham apa yang ustazah ajarkan.. kalau huruf macam mata kail pancing tu Adam Malique boleh jawab huruf lammm dan bukan huruf mimmm… itu sebenarnya lebih membahagiakan ustazah!! kata2 saya dengan penuh semangat di dalam kelas 1 Cekal…. Itulah pesanan yang saya bgtau kat anak2 murid saya sehari sebelum majlis Hari Guru… hehehe…

By the way…kepada anak murid2 ku terima kasih banyak2.. Ustazah akan simpan hadiah ni baik2.. ustazah sangat terharu, ustazah doakan semoga kamu semua mudah belajar jadi anak yang baik, lulus & cemerlang dalam peperiksaan, serta berjaya di dunia dan akhirat… ameeennnnnnnnn!!!

18 May 2009

Sambutan Hari Guru SKCP..


"Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
mendidik dan membimbing putera puteri negara kita.."

Selamat Hari Guru... Hari ini merupakan hari yang paling di nantikan oleh semua guru2 di Malaysia termasuklah guru-guru di sekolah saya ....Sambutan di sekolah kali ini saya rasakan kurang meriah berbanding tahun lepas. mungkin disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan sambutan hari guru tahun ini di sambut dengan suasana yang agak biasa2 berbanding tahun lepas yang lebih luar biasa...namun ini bukan sebagai alasan untuk saya dan guru2 lain mengupgradekan semangat & mutu perkhidmatan yang lebih baik..kepada guru2 sk charuk puting.. selamat bekorban untuk anak-anak didik anda...

~Everydays is teachers days~
Selawat dan Salam for the greatest teacher, Our Prophet Muhammad SAW.