Mulakan Dengan...

20 May 2009

Terima Kasihh...

Antara hadiah2 Hari Guru 2009 yang saya dapat..

Salamualaikum..salam ceria dan salam mesra….

Sejak akhir2 ni perasaan boring telah bermain di fikiran saya….x taulah kenapa.. Boring nak update blog, boring nak memghabiskan buku2 yang beli kat pesta buku dulu tu, boring nak tido, nasib baik jugalah saya x boring ketika makan & mengajar di dalam kelas..kalau x alamatnya.. kelas jadi tongkang pecah pastu anak murid jadi ulat..yelah kan.. x duduk diam…

Tadi balik dari sekolah saya baru teringat hadiah sempena hari guru masih belum dibuka…. Isk.. apelah cikgu sorang ni x menghargai pemberian anak murid kee??? Hehehe.. bukan macamtulah maksud saya.. sengaja saya cari waktu yang sesuai untuk membuka hadiah.. di mana waktu itu saya mempunyai feeling dan feeling itu ialah saya dapat menghayati hadiah dan si empunya yang memberi hadiah…..sebab apa.. sebabnya rata2 anak murid saya ni bukanlah dari golongan yang berada.. namun dengan semangat menyanjungi / menghargai gurunya diaorang sanggup membeli hadiah untuk guru2nya…. lepas satu2 hadiah dibuka saya terbayangkan si pemberinya....Alahaiiii.. sayuu betoll!

“Sebenarnya hadiah bukanlah menjadi keutamaan tapi yang paling ustazah harap, kamu semua faham apa yang ustazah ajarkan.. kalau huruf macam mata kail pancing tu Adam Malique boleh jawab huruf lammm dan bukan huruf mimmm… itu sebenarnya lebih membahagiakan ustazah!! kata2 saya dengan penuh semangat di dalam kelas 1 Cekal…. Itulah pesanan yang saya bgtau kat anak2 murid saya sehari sebelum majlis Hari Guru… hehehe…

By the way…kepada anak murid2 ku terima kasih banyak2.. Ustazah akan simpan hadiah ni baik2.. ustazah sangat terharu, ustazah doakan semoga kamu semua mudah belajar jadi anak yang baik, lulus & cemerlang dalam peperiksaan, serta berjaya di dunia dan akhirat… ameeennnnnnnnn!!!

No comments: