Mulakan Dengan...

16 March 2009

Walimatul Urus..



Salamulaikum... selamat bercuti untuk semua warga pendidik yang setia mengunjungi blog ini.. Kebiasaanya cuti sekolah ini sinonim dengan musim kenduri kendara..Sejak 2 minggu yang lepas saya menerima 5 undangan perkahwinan dr kawan2 sewaktu di maktab, universiti dan juga yang sama di tempat kerja.. Mungkin tak sempat untuk menghadiri kesemua jemputan memandangkan di rumah saya sendiri ada majlis perkahwinan . Jesteru itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya.. Saya juga kesibukan menguruskan majlis perkahwinan di rumah saya yang diadakan pada 14/3/2009 baru2 ni.. tapi jangan silap, majlis menyambut menantu tu sebenarnya untuk abang saya Semat Sazly bin Rozali bersama isterinya Zakiah bte Borhan..Dan disini saya juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat karib saya iaitu Suriana Bte Sulaiman & Mohd Fairuzzaman Bin Osman, sahabat ketika di universiti dahulu iaitu Sharifah Maslina Bt. Syed Ab Ghapar bersama pasangannya Mohd Erham Bin Ehwan dan akhirnya untuk sahabat ketika di IPTAA iaitu Maziah Bt Omar dan pasangannya Ismail B. Maslan...Tahniah diucapkan.. Ditujukan doa ini untuk pasangan pengantin2 ini...

Ya Allah, satukan pasangan pasangan2 ini sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikaha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati pasangan2 ini kebaikan dan keberkatan dunia dan akhirat... Amin ya Rabbal Alamin....

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “

barakah3.jpg

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1011, menurut Imam Tirmizi hadith ini bertaraf Hassan Sahih.

08 March 2009

Ya Rasulullah...


Lagu nasyid kumpulan Hijjaz ini di tulis untuk tujuan penghayatan serta mengembalikan ingatan kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW... ...

Ya Rasulullah ya Habiballah

Ya Rasulullah
salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai Penghulu Anbiyaa'

Ya Rasululullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahlah segala kezaliman

Sejarah perjuanganmu
Jasa serta pengorbananmu
Disingkap dikenang kembali
Sempena hari kelahiranmu

Tabahnya dirimu ya Rasul
Menempuhi dugaan tuhan
Biarpun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah Ya Habiballah

05 March 2009

Merindui Kebahagiaan Hakiki

KITA patut bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kita ini di antara orang yang bahagia?

Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia. Ada juga di antara kita yang amat terhormat di mata masyarakat dan menjadi tokoh terkemuka, tetapi itu pun tidak membuatnya bahagia. Ada juga yang cuba melancung ke luar negeri mengunjungi tempat-tempat yang indah tetapi nyata kebahagiaan itu tidak juga menggamitnya.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancung ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

Sebenarnya, kebahagiaan adalah bila seseorang mampu melakukan sesuatu yang bermakna dan murni. Ia merupakan kekuatan batin yang memancarkan ketenangan dan kedamaian, merupakan kurniaan Allah s.w.t yang membuat jiwa lapang dan bergembira.

Bahagia adalah kejernihan hati, kebersihan amal perbuatan dan keelokan ruhani. Hal itu merupakan kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada siapa saja yang melakukan perbuatan terpuji.

Bahagia adalah rasa redha yang mendalam dan sikap qana’ah. Ia bukan barang dagangan yang mampu dibeli di pasar walau sekaya mana pun kita, tetapi merupakan kurniaan Allah s.w.t yang dianugerahkan kepada jiwa-jiwa yang terpilih.

Kebahagiaan itu adalah kelapangan jiwa; bahagia itu tatkala anda mampu membuat orang lain senang hati, menguntumkan senyum di wajah, dan anda merasa gembira bila dapat berbuat baik kepada sesama manusia dan merasa nikmat ketika anda mampu bersikap baik kepada mereka.

Kebahagiaan adalah membuang jauh segala fikiran dan pandangan negatif dan mengisinya dengan fikiran dan pandangan yang positif. Ia merupakan sebuah kekuatan yang mampu menghadapi berbagai tekanan dan mampu memecah kebuntuan tanpa diperkuda emosi.

Kebahagian itu ada pada ilmu yang bermanfaat dan amal yang soleh, ada dalam meninggalkan kebencian, kedengkian dan sikap tamak terhadap apa yang dimiliki orang lain.

Bahagia itu terdapat dalam zikir dan ingat kepada Allah s.w.t., syukur kepada-Nya dan memperelokkan ibadah kepada-Nya. Dan kebahagiaan hakiki adalah mendapat syurga dan terselamat dari api neraka.

Catatan-catatan ringkas tentang kebahagiaan

* Orang yang berbahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari orang lain dan orang yang celaka adalah orang yang dijadikan pelajaran oleh orang lain.

* Bahagia adalah jika anda senang untuk berbuat kebaikan, bukan dengan berbuat apa saja yang anda senang.

* Orang bahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari masa lalu dan berhati-hati terhadap dirinya. Orang celaka adalah orang yang mengumpulkan harta untuk orang lain dan bakhil untuk memberikan kebaikan walaupun kepada dirinya sendiri.

* Orang bahagia ialah yang mendapat pengajaran dari pengalaman lalu, bersemangat pada hari ini dan optimis tentang masa depan.

* Kebahagiaan itu diperolehi dengan menjaga lisan.

* Seseorang tidak akan mencapai kebahagiaan kecuali jika dia hidup merdeka, terbebas dari kongkongan syahwatnya serta mampu menahan hawa nafsunya.

* Kesungguhan anda dalam mencintai ketaatan, hati yang selalu anda hadapkan ke hadirat Allah s.w.t , dan hadirnya hati ketika sedang beribadah adalah tanda kebahagiaan.

* Kebahagiaan itu tidak boleh dibeli dengan harta walaupun ia sering dijual.

Petunjuk Kebahagiaan

Kebahagiaan memiliki tanda-tanda, sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebutkan tiga perkara iaitu:

  1. Jika mendapat nikmat, dia bersyukur.
  2. Jika mendapat ujian, dia bersabar.
  3. Jika berbuat dosa, dia beristighfar.
Semoga kita bersama-sama mengecapi kebahagiaan yang hakiki... InsyaAllah...