Mulakan Dengan...

14 April 2009

Satu Cerita di Waktu Rehat...


"Ustazahh.. saya nak baca iqraa!!" tiba-tiba bilik guru menjadi sunyi seketika apabila kedengaran suara yang sangat nyaring tanpa memberi salam telah memanggil nama saya.. saya menoleh ke pintu utama dan terpandang seorang pelajar lelaki darjah satu yang tersengeh2 memegang buku iqra' sedang memandang ke arah saya...Ohh.. Helmi, masuklaahhh.. saya memanggil dengan nada yang lembut di samping dalam hati saya ni rasa terkejut pun ada….terkejut kerana dia begitu bersemangat membaca iqra' walaupun waktu itu waktu murid-murid sedang rehat di kantin.. kemudian dengan senyum yang comel itu dia datang ke meja saya dan terus membuka iqra' 2 sambil berdiri...Eh.. helmi dah makan ke?? tanya saya dengan nada yang dibuat2 terkejut.. dia hanya mengganguk sambil matanya terus mencari muka surat ke 13.. saya membiarkan dia mencari muka surat 13 itu tanpa membantunya supaya dia dapat mengenal nombor jawi dengan lebih mahir lagi.. Saya mempelawa di duduk dan dia pun duduk walaupun kerusi hijau itu agak tinggi sedikit darinya.


Biiiismillahirahmanirrahimmmmm...helmi membaca penuh bersemangat tanpa menghiraukan guru2 yang sedang mengusik di depannya... sampailah habis membaca dia bersuara: Ustazah!.. Masa ustazah sekarang! Suaranya seakan2 suara kartun upin itu telah mengajak saya masuk ke kelasnya dan sememangnya waktu itu ialah waktu saya mengajar Tilawah Al-Quran di kelasnya.. untuk tidak mengecewakannya saya pun mempelawa dia membawa fail saya untuk masuk dahulu dalam kelas sementara saya akan muncul sebentar sahaja lagi.. Dia pun tanpa berlengah terus berlari masuk ke dalam kelas...Lalu saya tersenyum sendirian melihat gelagatnya.. di sudut hati, saya doakan agar cita-cita helmi yang pernah diberitahunya ingin menjadi ustaz di makbulkan...aminn..

Sebenarnya apa yang hendak saya kongsikan daripada cerita pendek saya ini ialah saya begitu gembira sejak akhir-akhir ini apabila sebahagian daripada pelajar saya telah menunjukkan minat dalam mendalami ilmu al-quran ini. Setiap pagi sebaik sahaja saya sampai ke sekolah dalam pukul 7 pagi beberapa orang anak2 murid saya telah menunggu di depan pintu bilik guru dengan al-quran dan iqra' masing-masing untuk membaca bersama saya. Alhamdulilah walaupun kadang2 masa saya begitu terhad tetapi memandangkan mereka bersemangat menjadikan saya lebih bersemangat untuk menambahkan minatnya terhadap mukjizat kurniaan Allah ini.. kadang2 saya terfikir, betapa bersyukurnya saya menjadi seorang guru jqaf kerana secara tidak langsung di pertanggungjawabkan mengajar kalam Allah dan bahasa syurga di kalangan kanak-kanak yang baru mahu mengenal erti hidup ini…wahai anak muridku..semoga dengan ilmu yang dicurahkan ini akan terus mengalir dalam jiwa & hatimu serta membentuk generasi yang soleh dan solehah..…amin..

No comments: