Mulakan Dengan...

18 April 2009

Kem Bestari Solat

Ok.. Helmi! Sila baca doa sebelum mengambil wudhuk.. (Bismillahirrahmanirrahiiiimmm.. Sahajaaaa Akuuuu mengangkattt sejadah kecik kerana Allah Taalaaa!!!)..Haih! apadia? ulang semula??? Rasa nak tergelak pun ada tapi tahan jela.. hehehe.. itulah kisah yang berlaku pada hari ini sempena program Kem Bestari Solat yang Ke-2 di sekolah saya.. ini merupakan kem kali yang pertama di adakan di kalangan murid tahun 1...Datang dengan wajah yang sangat ceria, segak berbaju melayu(bersamping & bersongkok) berbaju kurung warna warni di samping tudung ikin, wardina dan sebagainya menjadikan suasana tak ubah seperti sambutan jamuan hari raya... hehehe..namun untuk mengaja cara berwuduk dan solat ini saya rasa cukup mencabar.. lebih2 lagi ada yang baru pertama kali mengenal apa itu wudhuk & solat...Selepas balik dari kem tadi saya rasa sedikit ketidakpuasan hati kerana masih lagi ramai yang tidak menguasai dan menyebabkan objektif perlaksanaan kem bestari solat siri ke-2 tidak di capai 100%.. oleh demikian tanggungjawab saya dan guru jqaf yang lain perlu di koreksi dan dilipatgandakan lagi selepas ini... InsyaAllah..

"Ya Allah buka pintu hati anak-anak murid ku ini untuk menerima ilmu ini"..

No comments: