Mulakan Dengan...

21 April 2009

Pesta Buku Antarabangsa....



Pada hari semalam(selasa) saya telah memohon cuti rehat khas... Alhamdulillah guru besar telah berbesar hati untuk meluluskan cuti saya.. dan alhamdulillah juga dengan izinNYa saya dapat merealisasikan impian saya yang amat saya nantikan selama ini.. By the way impian yang saya maksudkan itu bukanlah untuk pergi booking MpV Exora, tetapi hanya untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC..Pagi selasa saya telah pergi bersama kakak dan beberapa orang kawannya yang terdiri dari kalangan pensyarah2 di FPI UKM.
Saya rasa sangat teruja bila melihat buku-buku di depan mata.. kalau lah sekolah saya duduk sebelah dengan PWTC rasanya tiap2 kali rehat saya akan datang kesini.. tapi sekadar angan2 mat jenin ajelah..hehe.. Saya berjalan di setiap booth yang ada kecuali booth yang menjual buku2 novel sebabnya ianya tidak tersenarai dalam destinasi utama saya..
First round saya sekadar servey kedai2 buku serta tajuk2 buku yang menarik untuk di beli.. di samping itu saya turut membuat perbandingan harga antara kedai ke kedai.. sbbnya kebanyakan mereka ni mempunyai banyak persaingan.. dan chances nak dapat diskaun tu ada....Dan second round barulah saya membeli buku2 yang saya dah aim dr awal tadi.. termasuklah buku2 kerja yang di kirim oleh cikgu2 di sekolah saya...walaupun penat membuat tawaf tapi saya sangat berpuas hati kerana ilmu yang saya perolehi tidak setanding dengan kepenatan yang saya alami..Di Bawah ni saya senaraikan buku2 yang saya baru beli.... just to sharing...

1) Al-Quran Tajwid dan Terjemahan
2) Ilmu Tajwid, Ustaz Haji As'ad Humam, Darul KItab
3) Himpunan Doa-Doa Makbul, Drs Miftah Faridi, Al-Shafa
4) Soal Jawab tentang AKIDAH tetapi anda malu bertanya...,Nik Abd Rahim Bin Abd Ghani
5) Soal jawab tentang SOLAT tetapi anda malu bertanya, Rohidzir Rais, Telaga Biru.
6) Soal Jawab tentang Taharah tetapi anda malu bertanya, Zahazan Mohamed, Telaga Biru
7) The Power Of Solat, Syaikh Jalal Muhammad Syaffi, Al-Hidayah Publication.
8)Himpunan Fatwa-fatwa Semasa daripada Zaman Salafus Soleh hingga ke zaman Ulama Masa
kini, Syaikh Kamil Uwaidah, Al-Hidayah publication.
9) Kamus Bergambar BM-JAWI-ARAB-BI, Othman Putih, Oxford Fajar
10) Majalah Bahasa Arab Al-Fikr-untuk sek rendah

No comments: