Mulakan Dengan...

11 April 2009

Sua kembali..



Salamualaikum dan salam ceria untuk semua....Alhamdulillah, hari ini telah saya lalui dengan baik. Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan nafas pada saya yang mudah lupa diri ini, lupa bahawa saya adalah hamba yang perlu patuh kepadanya ( moga diampunkan segala dosa ) dan syukur juga kerana dipermudahkan segala urusan saya. Hujung minggu ini merupakan waktu yang agak memenatkan..ini kerana pada hari sabtu diwajibkan bersekolah sempena dengan penggantian untuk cuti pada hari raya aidilfitri nanti.. sebaik sahaja tamat waktu persekolahan saya terus pulang ke kampung..Di dalam perjalanan pulang yang memakan masa lebih kurang sejam lebih saya berfikir bermacam2 perkara... hal peribadi, hal kerja, hal keluarga, dan hal diri ini yang masih banyak dosa padaNya...jika difikirkan tiada manusia yang tidak didatangkan ujian olehNya.. Hidup ini umpama lautan. Ada pasang surutnya. Terkadang pukulan ombak dugaan terlalu kuat menghempas. Terkadang juga bayu kurniaan dan kesenangan terlalu lembut meniup sehingga membuat kita lupa. Diri kita umpama kapal yang belayar di lautan kehidupan penuh pancaroba. Kita perlukan sesuatu untuk memacu arah jika tersasar jauh, kita perlukan sesuatu yang mampu membawa kita kembali ke jalan pulang setelah tersesat di tengah badai nan keras mahupun ketika asyik dielus bayu nan lembut...Semoga diri ini tabah dalam menghadapi ujianMu.. Terima Kasih wahai Kekasihku...


Tiba-tiba 15 minit sebelum saya sampai di kawasan kampung baru saya teringat bahawa sekian lama saya tak mengupdate cerita baru sehingga ada dikalangan rakan2 yang bertanya bila nak update blog.. Sememangnya selama ini saya begitu ternanti waktu dan saat yang sangat sesuai untuk saya menatap blog kesayangan saya...dan ternyata waktu yang sangat sesuai iaitu sewaktu saya berada di kampung.. kenapa ya? ini kerana coverage di rumah sewa saya sangat perlahan dan ini menyukarkan saya untuk mengupdate blog ini berbanding coverage di kampung saya lebih baik sedikit...Sebenarnya banyak perkara yang hendak saya kongsikan terutamanya hal berkaitan dengan program di sekolah saya seperti Majlis Tilawah Al-quran, Kem Bestari Solat, Hari Kesihatan serta pertandingan bola baling namun terdapat masalah teknikal ketika saya mengupload gambar2 program tersebut.. insyaAllah saya akan usahakan supaya ianya dapat dikongsikan kepada sahabat2 sekelian...

Sebelum saya bersiap2 untuk kembali ke rumah sewa semula sekejap sahaja lagi dikesempatan ini saya ingin mengajak kepada kawan-kawan semua, marilah kita sama-sama menambah rasa syukur kepada Allah SWT atas segala rezeki, nikmat dan kebaikan yang dikurnia kepada kita. Janganlah kita merasa diri ini sentiasa memiliki segalanya. Sedarlah semua bahawa Allah jualah Pemilik segala-segalanya.


5 comments:

pen buruk ™ said...

salam. biasanya elok kita berhenti seketika untuk merenung masa silam dan sebaiknya berhentilah dengan kesabaran.

Nat Rozali said...

terima kasih rasasayang79... harap saya terus sedar dari tidur yang lena... dan semoga kita sama2 dapat memikir, bertadabbur dan merenung ciptaan Allah SWT, serta memperkemas keimanan dan ketakwaan padaNYa.

alfarabiey said...

man arrafa allah huwa arrafa nafsahu...

Nat Rozali said...

erm.. pandainya alfarabiey nie.. boleh jadi pendakwah nih.. x gitu?

alfarabiey said...

xla pandai mcm cekkelisa lg pandai kot....:-)