Mulakan Dengan...

11 March 2010

Lama Menyepi Cik_Kelisa...

Salamun alaikum kawan2....

Wowwwwwww.... Lamanya CK tak menjengok blog sendri... huhuhuhu... busy.. busy.. busy.. walaupun keje CK takla se busy macam keje perdana Menteri, tapi akhirnya tenggelam juga di sebalik kesibukan ini.. namun alhamdulillah sedaya upaya CK cuba untuk bereskan keje yang ada sebab selagi ianya berlegar di kepala, CK rasa diri ini kusut yang teramat sangattt..

Nak tau.. oleh kerana kebizian ini, CK sendri tiada masa untuk jengok laman rasmi www.j-qaf.net, apatah lagi blog cikkelisa ni..malah lebih menyedihkan di cafe CK pun habis semua makanan basi atas dapur.. huhuhu...

Nak citer apa erk... aha..baru2 ni sekolah CK telah kehilangan seorang GPK koko yang meninggal dunia di sebabkan kompilasi jantung.. memang terasa kehilangannya sbb CK agak rapat dengan arwah semasa di sekolah...Semoga arwah tenang bersemadi di sana serta berada di kalangan org2 yg soleh & solehah..

Selain itu antara aktiviti lain, sekolah CK baru sahaja menyambut sambutan Maulud Nabi dan alhamdulillah perjalanan program berjalan dengan lancar.. dan CK rasa utk memperingatkan & memperjuangkan sejarah Nabi bukan semata2 di hari kelahiran baginda sahaja malah perlu di peringatkan pada semasa ke semasa agar ingatan dan sanjungan kita terhadap baginda tidak ilang dan pudar begitu sahaja...

Erm.. sebagai story tambahan dalam tempoh yang terdekat ini CK di pertangungjwabkan untuk menyiapkan tugasan khusus untuk Perancangan Strategik Sekolah SKCP dan insyaAllah masih dalam proses di samping tugasan lain ialah menyiapkan blog sekolah yang sudah tergendala beberapa minggu.. dan insyaAllah dengan izinnya Ck sedaya upaya untuk menyiapkan segala amanah yg di beri dengan sempurna...

Akhir kata selamat bercuti untuk semua wrga pendidik khususnya ahli forumer di www.j-qaf.net.. ilal liqa'...

2 comments:

zulkbo said...

salam..
sibuk amat aok yek..popaleh laa
lama tak masuk PCC juga koi tengok
belum kawin lagi ni..dah kawin jawab hilang terus la kelibat aok tu..he he

NatraH Rozali said...

salam encik zulkbo.. hehehe.. yerla weh.. sibuk amattt sejak 2 menjak ni...tu la mengakala koi kawin... nak bukak laptop pun x sempat gamoknyer... hehehe... pe citer terbaru? koi ada jugek masuk PCC ketnya x jumpe lalu aok ter...