Mulakan Dengan...

05 June 2009

Cuti2 Cik Kelisa (Bhg 1)




Salamualaikum... cikkelisa in da houseee....!!

Langkawi,begitulah indahnya nama pulau ini,seindah kecantikan pantai dan alam semulajadinya. Pulau Langkawi terdiri daripada kumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di luar pantai barat laut Semenanjung Malaysia dan jaraknya adalah 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari KualaKedah.
By the way saya baru sahaja balik bercuti dari pulau yang indah ini.. Hmm.. alhamdulillah segala perjalanan aktiviti di sana berjalan dengan cukup lancar... Pandangan saya, masyarakat di langkawi sangat bertuah kerana mendiami kawasan yang cukup indah, dimana setiap cuti sekolah beribu2 pelancong yang berlumba2 untuk datang ke sini... Saya dapat lihat pembaharuan di setiap pelusuk di pulau ini telah di bangunkan dan di ubahsuai dengan infrastruktur yang lebih menarik berbanding 6 tahun lepas.. Tahniah..
Antara tempat yang di lawati ialah, Makam Mahsuri, Pulau Dayang Bunting, Under Water World, Idaman Suri, Pusat Pembuatan Gamat, dataran lang, Beras Terbakar, dan paling best pegi shoping dekat Pekan Kuah n banyak lagilah...Kebetulan pula kami menginap di hotel yang terletak di pekan kuah, so tiba waktu malam kami ambil kesempatanlah untuk bershopping...
Cuma pengalaman yang agak lucu sedikit apabila.. 2@3 ari sebelum pi langkawi tu dah set in my mind, tidakk akan shopping pinggan mangkuk just servey2 je.. tapi dah bila sampai kat Idaman Suri tu memula tengok je melamin tu, dah tengok2 terpegang pulak.. dah terpegang terpikat lah pulak, dah terpikat pastuh terbeli lah pulak... isk2... tak tersengaja kot....

Sewaktu dalam perjalanan balik tu kami singgah di Padang Besar untuk aktiviti membeli belah yang terakhir.. Wow.. buleh tahan tempatnya.. senarionya seolah2 berada di Pasar Khadijah je... tapi masa tu badan dan penat dan kaki pun x larat nak jalan.. tapi dalam pada x larat nak jalan tuh sempat pulak beli handbag n baju.. Hmm... nak buat macamana.. dah nama pun orang perempuan...
Anyway langkawi very nice places n nice holidays...

3 comments:

alfarabiey said...

wow...sonok sakan no hangpa dok menyoping sakan no...eheheh apepun smga berbahgia slalu la disamping org tersyg huhuhu...

Nat Rozali said...

sonok sgt la.. minggu ni pi kelantan n terengganu lak.. jalan2 habiskan duit.. maklumlah gaji 2 bulan lepas byk lgi belen.. hik2..:P

cue said...

wahhhh dalam kesah perjalanan tidak ada langsung penghargaan kepada penyumbang dan pembiaya ye.......