Mulakan Dengan...

25 May 2009

Pc Anda Perlahan?

PC anda mungkin akan menjadi amat perlahan kerana beberapa sebab:

  1. Masalah harddisk. Jika harddisk anda telah mempunyai sektor yang rosak, ini akan menyebabkan PC anda menjadi perlahan.
  2. Virus! ‘Update’ antivirus anda dan jalankan imbasan.
  3. Malware/Spyware! Antara punca PC anda menjadi perlahan juga ialah disebabkan oleh malware/spyware. Sepertimana perisian anti virus, anda perlu ‘update’ anti spyware anda dan jalankan imbasan.
  4. Kurang RAM! Saya sering memberi cadangan kepada pengguna komputer agar memasang sekurang-kurangnya 512MB untuk XP dan 2GB untuk Vista. Tambahan pula harga RAM pada masa ini tidaklah membebankan sangat.
  5. Fragmentasi sistem operasi! Seringkali pengguna PC alpa untuk melakukan defragmentasi OS mereka. Anda boleh menggunakan Disk Defragmenter ataupun muatturun lain-lain aplikasi.
  6. Fail-fail sementara! Jika anda membiarkan PC anda dipenuhi dengan ‘temporary files’ seperti internet cache, *.tmp dan sebagainya, ia juga menyumbang kepada perlahannya PC anda disamping merugikan ruang harddisk! Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggunakan CCleaner dan/atau Glary Utilites.

Sumber asal: pcproblems.afraid.org

2 comments:

pen buruk ™ said...

wah hebat. jadi cikgu komputer pulak. teruskan ....

Nat Rozali said...

huhuhu.. kalau dah bergelar guru ni kenala lengkapkan dengan pelbagai ilmu.. kan en. azhar? ni sekadar perkongsian lagipun i memang minat dengan it ni...