Mulakan Dengan...

28 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430H



Assalamulaikum wbt...

Pertamanya marilah kita merafa'kan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinNya kita masih lagi dipanjangkan umur untuk bertemu lagi di tahun baru ini... Tahun Baru Hijrah 1430..

Jika Aidilfitri kita menyingkap kembali kepada fitrah kita diciptakan sebagai hambaNya, aidiladha kita menyingkap kembali semangat pengorbanan untuk agama maka tibalah kini Maal Hijrah yang mana ianya menyingkap kisah episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah yang mana perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.


Namun pada hari ini hanya segelintir sahaja yang peka tentang sambutan Maal Hijrah berbanding dengan sambutan yang lain. Lebih menyedihkan ada sesetengah daripada masyarakat kita yang meraikan cuti umum ini tanpa menyedari disebalik pengertian Maal Hijrah itu sendiri...

Jika kita fikirkan Menjelang fajar 1 Januari setiap tahun, suasana di seluruh negara begitu meriah kerana kita akan menyambut tahun baru.Tidak cukup dengan pelbagai pertunjukan hiburan dan kad ucapan, khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menjadi alat untuk mengucapkan `selamat tahun baru' kepada sahabat dan saudara.


Begitulah hebatnya sambutan tahun baru Masihi tetapi bagaimana dengan sambutan tahun baru Islam atau Maal Hijrah? Suasana agak muram, tiada kemeriahan per-tunjukan pentas, tidak ada bunga api yang mence-cah keheningan malam dan sudah tentu tidak ada kad-kad ucapan yang disebarkan.


Apa yang ada hanyalah majlis membaca Yasin di masjid-masjid dan diikuti dengan sambutan Maal Hijrah di peringkat negeri dan kebangsaan. Persoalannya, apa cukup setakat itu kita menyambut Maal Hijrah yang terhasil daripada peristiwa bersejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke Madinah.


Maal Hijrah bukan sekadar `menukar' kalendar Islam dari 1429 kepada 1430, tetapi ia mempunyai maksud dan pengertian yang lebih daripada itu. Peristiwa hijrah memisahkan antara yang hak dan yang batil. Oleh sebab itu abadikanlah dalam rangkaian sejarah,'' tegas Khalifah Islam kedua, Umar bin Khattab yang menetapkan telah bermusyawarah dengan sahabat yang lain.


Kenyataan itu dengan jelas membuktikan Maal Hijrah amat penting kepada umat Islam dan sudah tentulah lebih penting daripada sambutan tahun baru yang kita raikan setiap tahun.Justeru dalam usaha menyedarkan umat Islam kepentingan hijrah ini, sudah tiba masanya sambutan Maal Hijrah seperti masa digesa oleh para tokoh agama diberikan nafas baru.


Kita selama tidak harus membiarkan, Maal Hijrah disambut dengan `muram' tanpa memberi sebarang kesan sebaliknya jiwa, semangat, hikmah, dan relevannya hijrah haruslah dikenang dan dihayati seorang Muslim. Oleh itu kerajaan perlu memikirkan untuk merancang program yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam betapa pentingnya hijrah kepada mereka.


Hijrah bukan sekadar mengenang penghijrahan Rasulullah tetapi lebih daripada itu menjadikan ia sebagai pengajaran untuk meningkatkan martabat umat Islam.Kita akan terus menyambut Maal Hijrah tanpa apa-apa erti jika tiada usaha dilakukan untuk memeriahkan sambutan ini. Maksud memeriahkan bukanlah bermakna kita perlu meraikannya dengan perkara-perkara yang terkeluar dari landasan Islam.


Sebaliknya pelbagai pihak boleh mengatur program yang mampu menarik perhatian umat Islam untuk menghayati erti hijrah sebenar. Sebagai contoh konsert kebudayaan Islam, karnival Islam serta acara-acara yang boleh menarik penyertaan umat Islam bagi menghayati hijrah harus dilaksanan.


Saya yakin jika program untuk Maal Hijrah dilaksanakan secara lebih efektif sudah pasti bagi umat Islam di negara ini kehadiran tahun itu bukan sekadar cuti umum semata-mata tetapi lebih kepada penghayatan dan keinsafan..


Dikesempatan ini kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilih dan berjaya.Salam Maal Hijrah...



1 comment:

alfarabiey said...

kullu am wa antum bikhair...