Mulakan Dengan...

13 December 2008

Owh Chikunya!!


Salamualaikum wbt... arini baru ada kesempatan utk berblog setelah merayakan raya qurban baru2 ini.. so macamna dengan sambutan raya anda? Bagi saya tiada yg lebih bermakna menyambut raya melainkan dengan kehadiran anak sedara n adik beradik serta menu2 raya yg wajib seperti lemang & ketupat.. Oh Ya.. heran skit kan tajuk saya kali ini... kenapa saya memilih chikunya pulak ye? Pe kena mengena dengan raya pulak nie? Isk Isk Isk...

By d way.. virus chikunya ni la juga telah sama2 meraikan bersama saya ketika menyambut raya dahulu.. huhu... penyakit ini memang menakutkankan n menyakitkan.. Tak caye ke? Tunggu ler turnnya....malas nak bercerita panjang sbb kesakitannya masih terasa tapi apa yg penting, kita perlu tahu serba sedikit latarbelakang mengenai penyakit ini khusunya utk mereka yang belum kena lagi virus ini.. yang dah kena amiklah iktibar supaya lebih tingkatkan penjagaan kesihatan anda....


Apa itu Chikunya:

Ianya adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh alfa virus yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Virus ini berkembang biak didlm badan manusia dan mudah menyerang semua golongan kanak2/dewasa/org tua. Penyakit ini tidak menyebabkan kematian namun setakat ini tiada ubat khusus untuk merawatnya. Oleh itu cara yang paling baik utk mengelakkannya ialah mengawal pembiakan nyamuk aedes.

Tanda-tanda Penyakit:

* Pesakit akan mengalami demam tinggi selama 5 hari
* Kanak2 akan mengalami demam mendadak diikuti kulit kemerah-merahan selama 3-5 hari. Mata menjadi merah diikuti dengan selsema.
* Kanak2 yang lebih besar demam akan diikuti dengan sakit sendi dan otot serta terjadi pembesaran kelenjar.
*Org dewasa akan mengalami sakit sendi dan otot sgt ketara sehingga menimbulkan kelumpuhan sementara sakit ketika berjalan. Dan kadang2 merasa loya & muntah.





No comments: