Bacalah...
Here With Me...
- Nat Rozali
- Temerloh, Pahang, Malaysia
- Simple Muslimah with Simple Character with Simple Words with Simple Life...
Blog Archive
Online Ker??
Release Tensen Jap
To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni…
untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula…
jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali
buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~
Snow EffecT
Ku Pinta PadaMu..
Mulakan Dengan...
11 June 2010
Cerita Terbaru..
Salamun alaikum kawan2... fuh.. fuh.. apapun sebelum otak ini ligat berfikir...dan sebelum tangan ini laju menaip, apa kata kita tiup skit sawang2 yang duk melekat di blog CK nih.. hihihihi...just kidding... permulaan yg ceria melambangkan diri empunya badan yang ceria & gembira.. tul tak...
First off all..sori la ye kepada pengikut @ pembaca @ seiapa yang selalu singgah disini...mmg CK agak menyepi sedkit memandangkan ada tangjwb utama yg perlu CK dahulukan... Yerr betull bukan senang utk istiqamahkan diri utk update blog tiap2 masa... memerlukan kudrat yg kuat,idea yg sentiasa segar & kreatif, dan yg penting mempunyai masa yang agak lapang....
Ok..apa yang CK nak cerita kan ek...uii..banyak isu terbaru yang terjadi sepanjang blog ini tidak di update....jom kita baca...ZZzzaaaassssssssssssss............
1) Baru2 ni rakan sejawatan CK, Teacher Asmawati telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannnya...CK doakan semoga masjid yg di bina akan mendapat rahmat & keberkatan dr Nya...Tahniah di ucapkan...So ini bermakna bukak cuti sek nanti hanya Cik Natrah Rozali ni akan menjadi sorangnya2 guru yg bujang di sek itu.. huhuhu..mesti nanti kena nyakat dek cikgu2 sekoloh tu nanti...habis..habis...:)
2) Baby bornn.... oh ye,, baru2 ni CK telah mendapat anak sedara baru..sepasang lak tu..namanya MUHAMMAD SHAHMI BIN SEMAT SAZLY & LUBNA SALMA BINTI MOHD SHAMSUDDIN...Makcu doakan anak2 sedara makcu akan menjadi anak yg soleh, bijak, taat pd perintah agama...
3)Sorang lagi anak sedara CK yang tingkatan 1 iaitu IZZHAR SAFUAN B.MUHAMMAD kini HAIZUAN kini sedang menunaikan umrah...harapan & doa makcu semoga safuan memperolehi ketenangan untuk beribadah di sana, InsyaALLAH..
4) Kerja...skrg ini macam biasa CK tengah sibuk menanda kertas peperiksaan setengah tahun... alhamdulillah w/pun belum dihabiskan tapi CK nampak ada peningkatan di dalam subjek Bahasa Arab lebih2 lagi pelajar2 dari tahun 3 & 4...syukur alhamdulillah....
5) Cuti...setakat minggu pertama cuti sekolah ini masa CK banyak di habiskan di kampung sahaja.. biasalah kadang2 ada rasa jemu, tapi lumrah la kan.. bila bekerja akan timbul rasa tensen dan boring..bila dpt cuti lak... rasa bosan & jemu..manusia memang begitu...termasukla..insan yg lemah seperti CK ini...
OK..setakat ini perkongsian CK dengan kawan2...idea ni datang secara pintas lalu sahaja..so kalau ada salah dan silap harap di maafkan..jumpa di lain entry insyaAllah...pesanan akhir... apapun kerja kita..lakukan dengan ikhlas..insya Allah kita akan rasa keberkatan & kemanisan tanpa di duga.. Salam wa ilal liqa'...
11 March 2010
Lama Menyepi Cik_Kelisa...
Wowwwwwww.... Lamanya CK tak menjengok blog sendri... huhuhuhu... busy.. busy.. busy.. walaupun keje CK takla se busy macam keje perdana Menteri, tapi akhirnya tenggelam juga di sebalik kesibukan ini.. namun alhamdulillah sedaya upaya CK cuba untuk bereskan keje yang ada sebab selagi ianya berlegar di kepala, CK rasa diri ini kusut yang teramat sangattt..
Nak tau.. oleh kerana kebizian ini, CK sendri tiada masa untuk jengok laman rasmi www.j-qaf.net, apatah lagi blog cikkelisa ni..malah lebih menyedihkan di cafe CK pun habis semua makanan basi atas dapur.. huhuhu...
Nak citer apa erk... aha..baru2 ni sekolah CK telah kehilangan seorang GPK koko yang meninggal dunia di sebabkan kompilasi jantung.. memang terasa kehilangannya sbb CK agak rapat dengan arwah semasa di sekolah...Semoga arwah tenang bersemadi di sana serta berada di kalangan org2 yg soleh & solehah..
Selain itu antara aktiviti lain, sekolah CK baru sahaja menyambut sambutan Maulud Nabi dan alhamdulillah perjalanan program berjalan dengan lancar.. dan CK rasa utk memperingatkan & memperjuangkan sejarah Nabi bukan semata2 di hari kelahiran baginda sahaja malah perlu di peringatkan pada semasa ke semasa agar ingatan dan sanjungan kita terhadap baginda tidak ilang dan pudar begitu sahaja...
Erm.. sebagai story tambahan dalam tempoh yang terdekat ini CK di pertangungjwabkan untuk menyiapkan tugasan khusus untuk Perancangan Strategik Sekolah SKCP dan insyaAllah masih dalam proses di samping tugasan lain ialah menyiapkan blog sekolah yang sudah tergendala beberapa minggu.. dan insyaAllah dengan izinnya Ck sedaya upaya untuk menyiapkan segala amanah yg di beri dengan sempurna...
Akhir kata selamat bercuti untuk semua wrga pendidik khususnya ahli forumer di www.j-qaf.net.. ilal liqa'...
01 January 2010
Back To school 2010..........
Kepada murid2 tuntutlah ilmu dengan bersungguh2, dan semoga kalian menjadi orang yang berguna untuk agama, masyarakat dan negara...Untuk Guru-guru pula teruskan berkhidmat dengan ikhlas, dedikasi, komitmen, dan bersungguh2 dalam memperkukuhkan lagi potensi anak2 murid kalian utk bejaya di dunia dan akhirat...
Semoga tahun 2010 ini menjadi satu titik permulaan yang lebih baik utk menjadi pendidik yang professional dan mantap kearah demi mempertingkatkan kualiti pendidikan di negara kita... insyaAllah..
29 December 2009
Jom Cerita...
Bertemu dan bersua lagi kita di penghujung tahun 2009... Lama benar CK bercuti hingga hampir sebulan lamanya tidak mengupdate blog ini.. ... maaf sangat2.. ntahla.. mungkin tiada ideas yg terkini utk di kongsikan bersama... tapi jauh di sudut hati CK, teringat yg blog ini sunyi sepi namun apakan daya baru hari ini di berikan kekuatan utk berbicara di sini...
Erm.. apa nak cite ye.. erm.. anyway dlm tempoh cuti panjang ni, masa CK banyak di habiskan di rumah sahaja... Cuma baru2 ini jela berkesempatan utk shoping dan berjumpa dengan adik beradik di rumah kakak di Bangi.. so di kesempatan ni nak ucap thanks pada my sister sis ermy yg sudi menaja makan malam( ikan bakar) kami sekuarga di tepi pantai Bagan Lalang aritu...
Kerja?? Oh ya semalam CK baru sahaja selesai attend meeting kali bagi sesi persekolahan 2010.. huhu.. alahai.. igtkan kehadiran guru2 baru seramai 7 org di sekolah CK tu bolehla meringankan bebanan tugas sampingan, namun haikatnya tahun 2010 bertambah lagila tugasan2 berat yg perlu di pikul, but its ok for me...antara jawatan utama yg kekal di pegang ialah Pegawai Aset Alih, K.Panitia Bahasa Arab, S/U Kelab IT, dan bebrapa lagi..tapi dalam banyak2 jawatan yg CK dapat, paling CK happy sekali ialah apabila nama CK telah di tukarkan dr guru permainan bola baling kepada CATUR.. .. Yes! Yes!.. bukan apa, CK mmg suka dengan permainan catur ini, dan dlm masa yg sama teringin menengahkan bakat murid2 CK dlm bidang ini sementelaah pula permainan ni dah berkurun tak mendapat sambutan di kalangan murid2 di skcp ini.... namun apa yg pasti tugasan CK di sekolah untuk tahun 2010 ini kebanyakkan menjurus kepada bidang IT.. nak buat camana... terima sajalah labuu...
Akhir sekali, Ck nak mengucapkan selamat datang guru2 baru sesi 2010 ( Cikgu Azlee.. Cikgu Mazlan.. Cikgu Najib, Ustzah Maheran, Cikgu Azamani) ke SK Charuk Puting, Semoga dengan kehadiran cikgu2 dapat sama2 dpt memartabatkan lagu ilmu2 dan keperibadian murid2 di SKCP ini..
30 November 2009
The Most Influential Muslims 2009
Salamualaikum.. kali ini saya nak kongsi buku ttg "The 500 Most influential Muslims 2009".. Saya muat turun dr laman jqf.net.. tq for Mr.iDeologi....Banyak manfaat yang kita perolehi...
29 November 2009
CK in Da House..
Erm.. rasa nya dah berbulan CK tak update blog ni.. sbb apa ya? busy sgt ke? Actually CK taklah busy sangat cuma yang menjadikan CK senyap senyi je sejak2 akhir2 ni ialah CK berdepan masalah untuk log in dalam akaun blogger ni (seperti gambar di atas).. dah jenuh berhari2 CK cuba tapi masih tak berjaya, cuma malam ni rezki memihak pada CK utk mengupdate blog yang dah sekian lamanya tidak di update..
10 October 2009
Puding Pelangi CK
Salamualaikum.. semalam sek saya mengadakan Jamuan Hari raya.. Sempena hari raya saya sempatlah membuat puding pelangi ni.. sebelum ni saya penah post resepi puding koktail.. so sape2 yang teringin mencuba resepi ini silakan..
PUDING PELANGI CIK KELISA
Bahan2nya
-1 bungkus serbuk agar2
-3 cawan air
-350gm gula pasir
-1 biji telur
-1 tin susu cair Carnation
-2 sudu makan tepong custard
-1 sudu teh vanilla
-pewarna merah/kuning/hijau
Cara membuatnya:
1) Masakkan agar2, air dan gula hingga mendidih dan biarkan dlm keadaan api kecil.
2) Pukul telur kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3) Kemudian campurkan semula adunan telur bersama dengan agar2 tadi dan masukkan asen vanilla dan kacau sehingga rata
4) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan ketiga3 adunan masing itu warna-merah/kuning/hijau.
5) ambil loyang dan sengetkan sedikit loyang dan tuang sedikit demi sedikit 3 adunan (merah/kuning/hijau) secara berselang seli setiap warna.
6) Setelah selesai letakkan loyang kembali kepada asal dan masukkan ke dalam peti sejuk dan boleh dihidangkan…
p/s: Tak sempat nak letakkan cantik2 atas pinggan, atas loyang pun ok jela kan...hehehe
08 October 2009
SeLamaT Hari Raya...
22 August 2009
Doa-Doa dalam bulan ramadhan
Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."
Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"
Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."
Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."
Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"
Hari Keenam
Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."
Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."
Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."
Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."
Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."
Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."
Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."
Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."
Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."
Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."
Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."
Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."
Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."
Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."
Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."
Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."
Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."
Hari Kedua Puluh Tiga
Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."
Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."
Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."
Hari Kedua Puluh Enam
:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."
Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."
Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.
Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.
25 July 2009
Sebelum tidur ( perkara yang anda perlu tahu)
Pesan dan berpesan antara kita....
SEBELUM TIDUR
Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,
maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir
maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Dah baca !!!..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.